Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Sunday, September 6, 2015

Calon UPSR 2015


Bermulanya September, maka semakin hampirlah kita dengan peperiksaan yang paling getir iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Pada tahun ini, calon untuk SK Kampong Sadek ialah seramai 21 orang sahaja memandangkan mereka hanya berada dalam satu kelas. Peperiksaan UPSR akan mula ditadbir pada 8 September sehingga 10 September 2015 ini. Segala ilmu yang dicurahkan oleh guru-guru amatlah diharap agar dapat dimanfaatkan oleh calon-calon dalam peperiksaan itu nanti. Seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan yang terbaik buat calon-calon UPSR pada tahun ini. Adalah menjadi harapan sekolah agar calon-calon ini meneruskan legasi kecemerlangan sekolah dalam bidang akademik. Selamat berjuang diucapkan kepada calon-calon UPSR. Semoga anda tenang dan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. In sha Allah segala harapan dapat ditunaikan dengan sebaik mungkin.