Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Monday, September 28, 2015

Format dan Instrumen Contoh UPSR 2016


Setelah sekian lama kita menunggu apakah kesudahan kepada format peperiksaan UPSR untuk tahun 2016, akhirnya pihak Lembaga Peperiksaan telah mengeluarkan format dan instrumen contoh untuk peperiksaan UPSR 2016.Tujuan hal ini didedahkan adalah supaya guru-guru dan murid-murid dapat bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR ini nanti.  

Dipetik dari makluman terkini dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), perubahan format peperiksaan UPSR 2016 ini membabitkan bentuk dan jenis soalan di mana soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
 

Format baru ini akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A. Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk maksimum 8A.


Berikut ialah format bagi peperiksaan UPSR tahun 2016 :




Untuk instrumen / soalan contoh format UPSR 2016 untuk Sekolah Kebangsaan (SK) sahaja, anda boleh memuat turun melalui pautan dibawah :

1. Bahasa Melayu
2. Bahasa Inggeris  
3. Matematik SK
4. Sains SK

Untuk instrumen / soalan contoh format USPR 2016 bagi Sekolah Vernakular (SJK), anda boleh terus mendapatkan maklumat melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia.