Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Wednesday, October 29, 2014

Jalinan Persahabatan Melalui Seni Lukis Malaysia - Jepun


Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Najwa bt Md Tamizi dari kelas 4 Bestari yang telah berjaya mengukir nama sekolah. Ini kerana melalui program ini, murid perlu menghasilkan satu lukisan yang menggambarkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Adik Nurul Najwa telah melukis hasil seni tersebut dan terpilih daripada 20 buah lukisan yang dihasilkan. Program ini adalah kerjasama antara Malaysia dan Jepun. Lukisan adik Nurul Najwa akan dibawa dan dipamerkan di Jepun. Tahniah !

Perkhemahan Unit Uniform 2014




Perkhemahan Unit Uniform sesi 2014 telah berjaya dilaksanakan pada 23 dan 24 Oktober yang lalu. Perkhemahan ini melibatkan 60 orang murid Tahap II . Ia melibatkan unit-unit uniform seperti Pengakap, TKRs, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Banyak aktiviti telah dijalankan seperti Ice Breaking, Pandu Arah, Pertandingan Memasak dan paling menarik adalah program Survive dimana murid perlu menjual barangan ke kawasan kampong. Kumpulan yang berjaya menjual dan mendapat untuk yang banyak dikira sebagai pemenang. Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2014


Sudah sampai ke penghujung tahun, peperiksaan akhir tahun akan ditadbir bermula pada 3 Nov 2014 ini. Disini disediakan jadual peperiksaan yang telah disusun oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman, Ustazah Norhayati bt Ibrahim. Diharap semua ibubapa dapat memantau dan bersama-sama membantu anak-anak untuk mengulangkaji pelajaran. Diharap peperiksaan pada kali ini dapat mempertingkatkan lagi pencapaian akademik murid-murid SK Kampong Sadek.

Sunday, October 19, 2014

Tempat Ketiga Konvensyen Doktor Muda

 

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Aisyah bt Mohd Nadzery dari kelas 4 Bestari yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan Bercerita Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri Kedah 2014. Dia telah memperoleh tempat ketiga. Walaupun tidak menjadi johan, kemenangan ini sedikit sebanyak membanggakan pihak sekolah dan membawa nama SK Kampong Sadek di peringkat negeri Kedah. Tahniah juga guru penasihat Doktor Muda SK Kampong Sadek, Puan Halison bt Abdullah kerana telah melatih adik kita ini. Syabas adik Nur Aisyah bt Mohad Nadzery.

Monday, October 13, 2014

Terima Kasih PK KoKurikulum


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas PK Kokurikulum SK Kampong Sadek, En Mohd Khair bin Awang. Beliau telah berpindah ke SK Tawar sebagai PK Hal Ehwal Murid. Sepanjang berada di SK Kampong Sadek, beliau amat komited dan memberikan sepenuh komitmen terhadap tugas. Antara kejayaan dibawah kendalian beliau ialah kejayaan pasukan memanah, bola jaring, bola baling dan bola sepak. Tahniah kami ucapkan ! Semoga memperoleh pengalaman baru di sekolah baru tersebut. Terima kasih daun keladi, ada masa berjumpa lagi !

Wednesday, October 8, 2014

Berakhirnya UPSR 2014

 Calon UPSR 6 Bestari
Calon UPSR 6 Cemerlang


Setelah mengharungi pelbagai rintangan dan dugaan, akhirnya murid-murid tahun 6 SK Kampong Sadek lega selepas tamat peperiksaan pada kali ini. Mereka terpaksa mengambil semula kertas Matematik Kertas 1 pada 9 Oktober 2014. Walaubagaimanapun, dengan tekad serta semangat dan dorongan daripada ibubapa dan guru mereka dapat harungi dengan penuh keyakinan. Pihak sekolah dengan kerjasama Panitia Agama Islam bersama murid tahun 4 dan 5 mengadakan majlis bacaan Yasin sepanjang tempoh peperiksaan mereka. Diharap dengan usaha dan keyakinan mereka dapat mempertingkatkan lagi pencapaian akademik di SK Kampong Sadek ini.

Monday, October 6, 2014

Salam Aidiladha 2014

 Salam Aidiladha daripada warga SK Kampong Sadek

Hukum bagi ibadat korban ialah Sunat Muakkad (Sunat yang dituntut dalam agama Islam)

PENGERTIAN IBADAH KORBAN

Iduladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat yang jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah SWT. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah SWT dapat ditegakkan. Renungkanlah sejarah pengorbanan agong Nabi Ibrahim AS yang sanggup menyembelih Nabi Ismail AS, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah SWT. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga yang cemerlang. Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Mekah, merupakan model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.

Demikian juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail AS untuk disembelih oleh bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah merupakan isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat kepada usia. Ini bermakna samada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa sahaja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah SWT. Inilah intipati pengajaran daripada pengorbanan agong yang diterokai oleh Nabi Ibrahim, isteri dan anaknya alahimussolatuwassalam.


Maksudnya: "Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian." As-Saafaat ayat 103-107:


" daripada Aisyah bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda, bahawa tidak ada amalan anak Adam (manusia) di hari raya haji yang paling disukai Allah selain daripada menyembelih korban. Ternakkan yang dikorbankan itu akan datang kepada Mereka yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan asalnya iaitu, lengkap dengan tanduknya, bulunya, kukunya, darah korban itu lebih dahulu jatuh kesuatu tempat yang disediakan Allah sebelum dia jatuh kebumi ( yakni pahalanya disegerakan Allah ). Maka dengan sebab itu hedaklah kamu dengan rela dan ikhlas hati melaksanakannya untuk keuntungan diri sendiri " .
( Hadis Riwayat Tirmizi )


" Darah yang mengalir dari binatang yang dikorbankan juga daging yang diperolehi dari binatang tersebut, sekali-kali tidak sampai kepada Allah. Akan tatapi yang sampai kepada Allah adalah ketakwaan dalam diri kamu. Begitulah Allah permudahkan binatang-binatang itu untuk kamu agar kamu membesarkan Allah atas apa yang dia anugerahkan kepada kamu dan berilah khabar gembira kepada orang yang melakukan kebaikan " .
( Surah al-Haj : 37 )
Fadhilat Ibadat Korban
- Meningkatkan amal kebajikan
- Sebagai penebus kesalahan dan dosa
- Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.
- Memperingati peristiwa ketaatan dan keimanan Nabi Allah Ibrahim a.s untuk
mengorbankan anaknya Nabi Allah Ismail a.s.


- Sumber PKPU Jakim -

Tahniah !!

Seluruh warga SK Kampong Sadek amat berbangga dengan kejayaan seorang guru di SK Kampong Sadek iaitu Pn Rossalwa bt Mohd Isa. Beliau telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Master di University Of York di United Kingdom selama 1 tahun. Pihak sekolah mengucapkan syabas dan tahniah kepada beliau. Ini menjadi satu kebanggaan kepada warga sekolah kerana ada juga wakil dari SK Kampong Sadek yang berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Beliau telah ke sana pada penghujung September 2014 yang lalu. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidangnya iaitu TESL. Syabas teacher Rossalwa. Semoga kejayaan anda menjadi inspirasi buat anak-anak SK Kampong Sadek.