Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Friday, May 21, 2010

Rehat Sekejap!!!

*klik pada gambar untukbesarkan

Sebuah karangan yang dihasilkan oleh seorang murid yang diambil didalam internet.Sabarlah cikgu ye..!! hehe!!

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tiada guru, siapalah kita.Mungkin itu ucapan yang paling sesuai diberikan kepada semua insan di dunia ini.Jasa dan pengorbanan seseorang guru itu tiada nilainya.Mungkin zaman sahaja yang berbeza,tetapi hakikatnya tugas guru dan tanggungjawab guru sentiasa ditunaikan dengan penuh amanah serta dedikasi yang tinggi ditunjukkan oleh insan yang bergelar `cikgu`.Tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat bagi semua guru.Bukan hadiah yang diimpikan daripada muridnya,cukuplah sekadar ucapan dan kejayaan anak murid yang kita inginkan.Warga SK Kampong Sadek mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar `Cikgu`.

Friday, May 14, 2010

Program Mentor-Mentee


En Shahabudin dan Pn Halison bersama anak angkat masing-masing

Majlis penyerahan anak angkat telah diadakan pada 9 Mei 2010 dimana setiap guru akan diberi sekurang-kurangnya seorang anak angkat daripada murid tahun 6.Program ini akan berjalan sepanjang masa sehingga murid menghadapi UPSR kelak.Diharap dengan adanya program ini, murid-murid mendapat sedikit sebanyak ilmu daripada mentor masing-masing sekiranya mempunyai masalah dalam pembelajaran.Program ini adalah kelolaan En.Khosim b Salleh selaku guru tahun 6.


Friday, May 7, 2010

Kursus Pengawas 2010







Satu kursus pengawas telah diadakan pada 8 mei 2010 di perkarangan sekolah.Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengawas tentang tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas.Kursus ini adalah kelolaan Puan Halison bt Abdullah selaku ketua Guru Pengawas.

Wednesday, May 5, 2010

Wira dan Wirawati Sofbol !





Wira dan wirawati! Mungkin itu gelaran yang sesuai diberikan kepada pasukan sofbol sekolah kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan sofbol peringkat daerah Baling/Sik yang telah berlangsung pada 4 Mei 2010 di SMK Jerai,Baling. Kedua-dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan telah menjadi johan untuk pertandingan tersebut.Sekalung tahniah diucapkan kepda jurulatihnya iaitu En Mohd Nizam b Hashim yang telah bertungkus lumus menyediakan sebuah pasukan sekolah yang mantap bagi menyertai pertandingan tersebut.Pasukan sekolah akan mewakili daerah Baling/Sik ke peringkat negeri yang dijadualkan akan berlangsung pada 13 Mei nanti.Diharap pasukan sekolah dapat meneruskan lagi kecemerlangan di peringkat negeri nanti!