Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tiada guru, siapalah kita.Mungkin itu ucapan yang paling sesuai diberikan kepada semua insan di dunia ini.Jasa dan pengorbanan seseorang guru itu tiada nilainya.Mungkin zaman sahaja yang berbeza,tetapi hakikatnya tugas guru dan tanggungjawab guru sentiasa ditunaikan dengan penuh amanah serta dedikasi yang tinggi ditunjukkan oleh insan yang bergelar `cikgu`.Tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat bagi semua guru.Bukan hadiah yang diimpikan daripada muridnya,cukuplah sekadar ucapan dan kejayaan anak murid yang kita inginkan.Warga SK Kampong Sadek mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar `Cikgu`.