Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Monday, August 31, 2009

Cuepacs yakin kerajaan akan beri bonus

Cuepacs yakin kerajaan akan beri bonus

KUALA LUMPUR: Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan sebulan bonus kepada penjawat awam tahun ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, hari ini.

Beliau berkata, keyakinan kongres itu berdasarkan kepada kenyataan bahawa kerajaan mampu memberikan bonus itu berdasarkan penjimatan dari subsidi petrol, beras dan gula.

Mengikut perkiraan Cuepacs, katanya, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan "ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian".

Beliau mengulangi permintaan awal Cuepacs kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini.

Ahmad Shah berkata, walaupun jumlah itu tidak termasuk di dalam bajet tahun lalu, ia masih lagi boleh memberi pendahuluan dan memasukkannya di dalam bajet yang akan datang bulan depan.

Katanya, penjawat awam patut menerima bayaran itu kerana mereka sudah bekerja keras bagi meningkatkan sistem penyampaian dan mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan.

Berita Harian 1 Sept 2009

Sunday, August 30, 2009

Sambutan Kemerdekaan Ke-52



Video diatas ialah sebahagian daripada persembahan murid sempena sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah yang diadakan pada 30 Ogos 2009.Walaupun dalam suasana bulan Ramadhan,kesungguhan murid-murid dan guru-guru dalam menjayakan majlis ini amatlah memuaskan.Hayatilah erti kemerdekaan yang sebenar dengan memerdekakan diri kita dari sebarang sifat-sifat yang tidak baik.

Saturday, August 22, 2009

Kembara Merdeka 2009



Kembara Merdeka merupakan salah satu acara wajib sempena Bulan Kemerdekaan ini.Kembara Merdeka ini berlangsung dengan murid-murid dan guru-guru melaungkan laungan Merdeka sepanjang mengelilingi kawasan Kampong Sadek.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti sepanjang Bulan Kemerdekaan ini.

Wednesday, August 19, 2009

Yahoo Messenger

Tuesday, August 18, 2009

Guru-Guru Kelas 2014




Pn Anisah bt Md Ludin
1 Bestari

En Khairul Iswadi b Ahmad Shukeri
2 Bestari



Pn Zaini bt Abd Hamid
2 Cemerlang

En Mohd Nizam b Hashim
3 Bestari 

En Mohd Tajudin b Md Arof
3 Cemerlang

En Ahmad Fuzi b Md Daud
4 Bestari

En Shahabudin b Jusoh
4 Cemerlang

Pn Halison bt Abdullah
5 Bestari 
 Pn Siri Noraini bt Ahmad
6 Bestari

En Khosim b Salleh
6 Cemerlang


Wednesday, August 12, 2009

Bulan Kemerdekaan


ANTARA AKTIVITI YANG DIRANCANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN:
1. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan : 16 Ogos 2009
2. Kembara Merdeka : 16 Ogos 2009
3. Pertandingan Lagu Patriotik : 20 Ogos 2009
4. Majlis Sambutan Kemerdekaan : 30 Ogos 2009
5. Pertandingan Mewarna : 30 Ogos 2009
6. Majlis Bacaan Yassin : 30 Ogos 2009

Tuesday, August 11, 2009

Wabak H1N1


Wabak H1N1 kini telah menjadi satu ancaman baru buat warga Malaysia.SK Kampong Sadek juga tidak ketinggalan untuk sentiasa memberikan peringatan kepada murid-murid supaya sentiasa menjaga kebersihan.Walaupun warga SK Kampong Sadek bebas dari wabak H1N1, langkah-langkah pencegahan awal dititiberatkan terutamanya murid-murid yang lebih terdedah dengan wabak tersebut.Murid-murid digalakkan memakai topeng muka sekiranya perlu.Bersama-sama kita berdoa agar dijauhkan daripada penularan wabak tersebut.

Aktiviti 2009



11 Ogos 2009 : Gambar diatas adalah sebahagian daripada aktiviti untuk tahun 2009 ini.Masih terdapat lagi gambar yang belum dimasukkan.Harap Maklum!

Sunday, August 9, 2009

Pemantauan dari JPN


Ustaz Yasser dan Ustaz Jamaludin


Ustazah Zaini,Ustazah Norhayati,Ustazah Zahanah

Pegawai dari Jabatan Pelajaran Kedah akan membuat pemantauan untuk guru Pendidikan Islam dan J-Qaf pada 11 Ogos 2009 ( Selasa ).Kesemua guru-guru Pendidikan Islam dan J-Qaf telah bertungkus-lumus untuk memberikan yang terbaik dan membawa kecemerlangan kepada sekolah.Semoga berjaya!

Thursday, August 6, 2009

Peperiksaan dan Ujian PKBS 2

Tahniah kepada semua murid yang telah menjalankan Ujian PKBS 2 dengan jayanya.Juga kepada murid Tahun 6 yang telah menduduki Peperiksaan UPSR Peringkat Negeri.Semoga lebih bersedia untuk Peperiksaan UPSR nanti.

Malaikatmu...

Malaikatmu.....

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.""Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.""Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Kejayaan SKKS

Tahniah !

Tahniah diucapkan kepada En Riduan atau Abang Wan kerana telah mendapat kenaikan pangkat dari N1 ke N4.Beliau adalah seorang PAP dan telah berkhidmat selama 15 tahun di SK Kampong Sadek.Beliau akan bertukar bertugas di SMK Jerai.Satu majlis telah diadakan pada 23hb Julai yang lalu.Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru.

Staf SK Kampong Sadek

Interaktif Matematik

<embed width="800" height="512" base="http://external.kongregate-games.com/gamez/0022/3733/live/" src="http://external.kongregate-games.com/gamez/0022/3733/live/embeddable_223733.swf" type="application/x-shockwave-flash"></embed><br/>Play free games at <a href="http://www.kongregate.com/">Kongregate</a>

Galeri Gambar

Gambar Aktiviti 2008





Perkhemahan Tahun 2007







Lagu Sekolah

Sek Keb Kampong Sadek
Sekolah tempat mendidik
Melahirkan putera serta puteri
Berilmu berhemah tinggi

Merah hijau biru dan kuning
Warna kebanggaan kami
Lambang keberanian
Menjadi kebenaran

Kualiti dan cemerlang diri
Telah menjadi agenda kami
SKKS kami akur
Ilmu Panduan Hidup

Berkibarlah bendera sekolah kami
Warna-warna hiasi panji
Padamu SKKS kami berjanji
Teruskan perjuangan suci

Lirik:Pn Fadhillah dan rakan
Lagu: SKKS
Gubahan:En Khairul Iswadi



Carta Organisasi

klik pada gambarajah untuk besarkan gambar

Lokasi Sekolah

Logo Sekolah


KETERANGAN LOGO

Merah
Melambangkan keberanian,ketegasan,berkeyakinan dan jati diri

Hijau
Melambangkan sedia berkhidmat,berwibawa dan inovatif

Kuning
Melambangkan keikhlasan,kejujuran,kesabaran,amanah dan isiqamah

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampong Sadek (SKKS) pada mulanya adalah cawangan dari Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang.SKKS telah ditubuhkan pada tahun 1961.Pada mulanya ada 4 buah bilik darjah dan sebuah pejabat.Nama sekolah ini diberi sempena nama peneroka asal kampong ini , iaitu TOK SADEK.


PARA PENGASAS
1.En.Ahmad b.Md.Yoh
2.En.Taib b. Abd. Latif ( Allahyarham )
3.En.Shafie b.Tahir
4.Tn Haji Awang Embon b. Haji Omar (Allahyarham )

Mereka di atas telah berusaha mengumpul wang berjumlah RM 1 200.00 dan berjaya membeli satu lot tanah (tapak asal SKKS) seluas 1 relong 109 jemba.Sebuah jawatankuasa pembinaan sekolah telah ditubuhkan dalam tahun 1960:


Pengerusi :Tn Hj Awang Din b Shafie
Setiausaha :En Ahmad b Md.Yob
Pen S/Usaha :En Taib b Abd Latif
Bendahari :Tn Haji Awang Embon b Haji Omar

AHLI JAWATANKUASA
Tn Hj Hasan b Sulaiman
En Teh b Soh
En Mohd Piah b Tahir
En Md Dali b Hashim
En Shafie b Tahir
En Senik b Salleh
En Abdullah b Taib

Jawatankuasa pembinaan sekolah telah berjaya mengumpul wang derma daripada orang ramai sebanyak RM 1 300.00 lagi.Wang tersebut digunakan untuk membeli satu lot tanah lagi seluas 1 relung 119 jemba menjadikan luas kawasan sekolah 2 relung 219 jemba. Tanah tersebut ditadbir oleh 3 orang pemegang amanah (Nazir Amanah). Orang ramai bergotong-royong membersih dan menyediakan tapak sekolah.
SKKS mula didirikan oleh kerajaan pada 14.2.1962. Pembukaannya dirasmikan oleh Y.A.B. Datok Seri Maha Wangsa Tun Syed Omar Shahabuddin, P.M.N,J.P.(Menteri Besar Kedah ) pada 25 Januari 1962.

Aluan Guru Besar



EN SAPERE BIN ABDULLAH
 Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit ICT kerana telah mewujudkan satu laman web yang amat berguna dan pemangkin kepada kemajuan ICT di SK Kampong Sadek.Diharap dengan terbinanya laman web ini dapat merapatkan ukhuwah khususnya diantara ibubapa dan guru.Laman web ini diharap dapat menjadi satu kebanggan warga SK Kampong Sadek dimana ia dapat menyampaikan maklumat dan informasi sekolah dengan lebih cepat dan tepat.Diharap semua pengunjung dapat mengemukakan maklum balas dan komen yang membina agar dapat meningkatkan lagi mutu kegemilangan sekolah.