Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Monday, August 31, 2009

Cuepacs yakin kerajaan akan beri bonus

Cuepacs yakin kerajaan akan beri bonus

KUALA LUMPUR: Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan sebulan bonus kepada penjawat awam tahun ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, hari ini.

Beliau berkata, keyakinan kongres itu berdasarkan kepada kenyataan bahawa kerajaan mampu memberikan bonus itu berdasarkan penjimatan dari subsidi petrol, beras dan gula.

Mengikut perkiraan Cuepacs, katanya, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan "ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian".

Beliau mengulangi permintaan awal Cuepacs kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini.

Ahmad Shah berkata, walaupun jumlah itu tidak termasuk di dalam bajet tahun lalu, ia masih lagi boleh memberi pendahuluan dan memasukkannya di dalam bajet yang akan datang bulan depan.

Katanya, penjawat awam patut menerima bayaran itu kerana mereka sudah bekerja keras bagi meningkatkan sistem penyampaian dan mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan.

Berita Harian 1 Sept 2009