Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Saturday, May 9, 2009

Malaikatmu...

Malaikatmu.....

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.""Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?" "Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara.""Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?"Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?" "Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"

"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa.. kasih sayang dan pengorbanan seorang IBU. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah satu-satunya harta yang tiada galang gantinya dunia dan akhirat...Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Tahniah!


Tahniah diucapkan kepada En Riduan atau Abang Wan kerana telah mendapat kenaikan pangkat dari N1 ke N4.Beliau adalah seorang PAR dan telah berkhidmat selama 15 tahun di SK Kampong Sadek.Beliau akan bertukar bertugas di SMK Jerai.Satu majlis telah diadakan pada 23hb Julai yang lalu.Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru.

Berita

Alat cegah jangkitan H1N1 akan diedarkan ke sekolah: Wee

JOHOR BAHRU: Kementerian Pelajaran akan mengedarkan alat mencegah jangkitan virus Influenza A (H1N1) ke semua sekolah, membabitkan peruntukan RM3.6 juta, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Induk 3K (Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan) bagi mengedarkan termometer, topeng muka dan hidung serta cecair penyahkuman.

"Ini langkah terbaik dalam usaha kementerian mencegah H1N1. Pemakaian topeng muka dan hidung serta bahan penyahkuman juga adalah sebahagian latihan kebersihan di kalangan murid," katanya selepas mendengar taklimat perkembangan H1N1 di Jabatan Pelajaran Johor, di sini, hari ini.


Wee berkata, Bahagian Kewangan Kementerian Pelajaran sudah meluluskan peruntukan tersebut dan semua Jabatan Pelajaran Negeri dijangka menerima peralatan itu dalam masa terdekat untuk diedar ke sekolah.


Beliau berkata, setiap sekolah akan menerima satu termometer manakala jumlah topeng muka dan bahan penyahkuman bergantung kepada bilangan pelajar di sesebuah sekolah.

Dalam perkembangan terbaru, katanya, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor Bahru di Taman Johor Jaya, di sini, diarahkan ditutup selama seminggu mulai hari ini, selepas tiga pelajarnya disahkan positif H1N1.
Minggu lalu, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Baharu diarah tutup apabila 51 pelajarnya disahkan mengalami penyakit serupa Influenza (ILI).

Wee berkata, persediaan rapi juga sedang dibuat sebagai persediaan mengendalikan peperiksaan utama di sekolah yang dijangkiti H1N1 dengan semua sekolah dan pengawas peperiksaan diminta menyediakan bilik khas bagi menempatkan pelajar yang dijangkiti virus itu menduduki peperiksaan.

"Kita akan memulakan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 8 hingga 10 September depan sebelum diikuti peperiksaan utama lain. Pelbagai alternatif sedang dibuat sebagai persediaan mengendalikan peperiksaan dalam menghadapi wabak ini," katanya.

Selain H1N1, Wee yang juga ahli Parlimen Ayer Hitam, berkata pihaknya turut memandang serius kejadian histeria di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2, di sini dan kejadian keracunan makanan membabitkan 349 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Mamat, dekat Tangkak, minggu lalu.

Beliau berkata, dalam kejadian terbaru, seramai 10 lagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 2 dilaporkan mengalami gangguan histeria pagi ini sejak kejadian itu bermula dua bulan lalu.

"Saya sudah mendapatkan maklumat daripada pengetua dan Pejabat Pelajaran Daerah mengenai kedua-dua sekolah ini.

"Kita akan menggunakan pendekatan yang sama seperti digunakan untuk menangani gangguan histeria di Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Lumpur, Kuantan, tahun lalu seperti mendapatkan bantuan Jabatan Agama, pakar psikiatri dan pengamal perubatan tradisional," katanya. - Bernama