Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Thursday, August 5, 2010

Jawatankuasa KoKurikulum 2015


Saturday, July 31, 2010

Sekitar Hari KOKO 2010




Alhamdulillah,segala perancangan untuk Hari KoKurikulum pada tahun ini telah berjalan dengan jayanya.Program ini berjalan pada 24 Julai 2010 yang lalu.Hari Kokurikulum ini telah bergabung dengan program anjuran Komuniti Kupang iaitu Program Sepakat Bestari.Pelbagai acara menarik terdapat pada hari tersebut seperti pameran agensi-agensi terlibat,jualan,gubahan,pertandingan mewarna dan juga pengunjung berpeluang menaiki kuda yang dibawa khas ke padang SK Kampong Sadek.Lagi gambar boleh dilihat di Facebook SK Kampong Sadek.

Link ke Group Facebook SK Kampong Sadek : klik disini

Thursday, July 22, 2010

Jemputan

Blogger Templates

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan Hari Kokurikulum pada Sabtu
( 24 Julai 2010 ).Sekolah akan bercuti pada hari Ahad iaitu
pada 25 Julai 2010.Sekian harap maklum!

Wednesday, June 23, 2010

Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin ganti peperiksaan awam.

KUALA LUMPUR: Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin akan digunakan untuk menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi sistem itu, Lembaga Peperiksaan akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur pencapaiannya."Kita gantikan sistem peperiksaan awam kepada satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah, ini belum dimaklumkan tetapi sudah dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana ia diamalkan di banyak negara."Mungkin ia tidak banyak beza berbanding negara lain, pokoknya ia tidak menjejaskan soal pembelajaran iaitu cara guru mengajar dan murid belajar adalah sama, tetapi bagaimana kita hendak nilai, sama ada peperiksaan awam atau sistem penilaian," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) bagi kementeriannya persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu dasar seperti cadangan kemungkinan supaya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

"Ramai pakar kata sepatutnya dah lama buat, tetapi kenapa kita buat sekarang, kita dah lama buat kajian iaitu sejak 2007 lagi kementerian ada pasukan yang meneliti isu yang berbangkit," katanya.

Beliau berkata, langkah mengurangkan peperiksaan awam ini dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus, penggunaan sumber manusia dan mengurang beban tugas guru untuk mengendalikan proses peperiksaan.
Mengenai rombakan sistem pendidikan Teknik, Vokasional dan Kemahiran untuk dijadikan pendidikan arus perdana, Muhyiddin berkata kerajaan akan menambah bilangan sekolah vokasional dengan bentuk kurikulum baru serta latihan yang jauh berbeza daripada apa yang ada sekarang khususnya berkaitan dengan bidang yang mempunyai hubung kait dengan negara pada masa kini.

"Saya sendiri pengerusikan mesyuarat di peringkat kementerian untuk meneliti semua perkara berkenaan rombakan besar kepada pendidikan vokasional, kurikulum, infrastruktur, kemudahan dan latihannya akan diumumkan untuk pengetahuan ahli Yang Berhormat dalam masa terdekat," katanya.-BERNAMA

Friday, May 21, 2010

Rehat Sekejap!!!

*klik pada gambar untukbesarkan

Sebuah karangan yang dihasilkan oleh seorang murid yang diambil didalam internet.Sabarlah cikgu ye..!! hehe!!

Saturday, May 15, 2010

Selamat Hari Guru

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Tiada guru, siapalah kita.Mungkin itu ucapan yang paling sesuai diberikan kepada semua insan di dunia ini.Jasa dan pengorbanan seseorang guru itu tiada nilainya.Mungkin zaman sahaja yang berbeza,tetapi hakikatnya tugas guru dan tanggungjawab guru sentiasa ditunaikan dengan penuh amanah serta dedikasi yang tinggi ditunjukkan oleh insan yang bergelar `cikgu`.Tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat bagi semua guru.Bukan hadiah yang diimpikan daripada muridnya,cukuplah sekadar ucapan dan kejayaan anak murid yang kita inginkan.Warga SK Kampong Sadek mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar `Cikgu`.

Friday, May 14, 2010

Program Mentor-Mentee


En Shahabudin dan Pn Halison bersama anak angkat masing-masing

Majlis penyerahan anak angkat telah diadakan pada 9 Mei 2010 dimana setiap guru akan diberi sekurang-kurangnya seorang anak angkat daripada murid tahun 6.Program ini akan berjalan sepanjang masa sehingga murid menghadapi UPSR kelak.Diharap dengan adanya program ini, murid-murid mendapat sedikit sebanyak ilmu daripada mentor masing-masing sekiranya mempunyai masalah dalam pembelajaran.Program ini adalah kelolaan En.Khosim b Salleh selaku guru tahun 6.


Friday, May 7, 2010

Kursus Pengawas 2010







Satu kursus pengawas telah diadakan pada 8 mei 2010 di perkarangan sekolah.Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pengawas tentang tugas-tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas.Kursus ini adalah kelolaan Puan Halison bt Abdullah selaku ketua Guru Pengawas.

Wednesday, May 5, 2010

Wira dan Wirawati Sofbol !





Wira dan wirawati! Mungkin itu gelaran yang sesuai diberikan kepada pasukan sofbol sekolah kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan sofbol peringkat daerah Baling/Sik yang telah berlangsung pada 4 Mei 2010 di SMK Jerai,Baling. Kedua-dua pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan telah menjadi johan untuk pertandingan tersebut.Sekalung tahniah diucapkan kepda jurulatihnya iaitu En Mohd Nizam b Hashim yang telah bertungkus lumus menyediakan sebuah pasukan sekolah yang mantap bagi menyertai pertandingan tersebut.Pasukan sekolah akan mewakili daerah Baling/Sik ke peringkat negeri yang dijadualkan akan berlangsung pada 13 Mei nanti.Diharap pasukan sekolah dapat meneruskan lagi kecemerlangan di peringkat negeri nanti!

Thursday, April 29, 2010

Sekitar Karnival B.Inggeris dan B.Melayu


Sebelum memulakan persembahan


Persembahan daripada sekolah yang bertanding


Bersama piala dan trofi yang dimenangi

Satu pertandingan Karnival Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu peringkat Daerah Baling/Sik telah diadakan pada 26 April 2010 di SK Model Khas,Baling.Pasukan SK Kampong Sadek telah memperolehi beberapa kejayaan.Antaranya ialah:

1. Bercerita Tahap I - Johan
2. Story Telling - Johan
3. Public Speaking - Naib Johan
4. Action Song - Naib Johan

Adik Nur Dina Awatif ( Bercerita ) dan Adik Afika Sharmila ( Public Speaking ) akan mewakili daerah Baling / Sik ke peringkat negeri kelak.Tahniah!

Sunday, April 25, 2010

Waktu Kerja Baru PPD Baling/Sik

Sumber dari Laman Portal PPD Baling / Sik.


Kepada semua pelanggan Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik,adalah dimaklumkan bahawa pejabat ini akan mengamalkan jadual waktu kerja baru yang akan berkuatkuasa pada 1 Mei 2010.Harap maklum

Hari Waktu Berkerja Waktu Rehat Waktu Berkerja
Ahad-Rabu 8.00 pg - 1.00 t/h 1.00 t/h-2.00 ptg 2.00 ptg -5.00 ptg
Khamis 8.00 pg -1.00 t/h 1.00t/h-2.00 ptg 2.00 ptg-3.30 ptg

Friday, April 16, 2010

Latihan Action Song



Thursday, April 15, 2010

Majlis Perpisahan Guru Praktikum


Penyampaian hadiah dari pihak sekolah serta dari guru praktikum


Ucapan oleh Ustazah Wan Shaheda dan Ustazah Nurus Saadah


Ucapan oleh PK I dan Ustaz Jamaludin sebagai Guru Pembimbing

Satu majlis meraikan perpisahan guru-guru praktikum telah diadakan pada 15 April 2010.Guru-guru praktikum ini telah menjalani praktikum di SK Kampong Sadek selama lebih kurang 3 bulan.Semoga mereka terus memberikan sepenuh komitmen selepas ini.Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya dan jutan terima kasih.



Wednesday, April 14, 2010

Perjumpaan Waris Tahun 6



Satu perjumpaan waris tahun 6 telah diadakan pada 14 April 2010 bertempat di makmal komputer sekolah.Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh En Mohamad b Salam dan membincangkan mengenai strategi untuk meningkatkan pencapaian peperiksaan UPSR nanti.Pihak sekolah amat berbesar hati dengan sokongan ibubapa yang sama-sama turut serta berbincang dan merencanakan strategi untuk meningkatkan prestasi sekolah amnya.Sekalung penghargaan kepada semua ibubapa yang dapat menghadirkan diri dalam perjumpaan ini.

Sekitar Pertandingan Mewarna Anti Dadah


Saturday, April 3, 2010

Pelancaran Minggu Anti Dadah



Pelancaran Minggu Anti Dadah telah berlangsung pada 4 April 2010.Majlis dimulakan pada waktu perhimpunan dengan bacaan perutusan dari Bahagian Pendidikan Guru yang dibacakan oleh EN Ahmad Fuzi b Md Daud.Program ini akan berjalan sepanjang minggu ini iaitu minggu yang ke 13.

Thursday, April 1, 2010

Sekitar Motivasi dan Qiyamulail

Membentangkan hasil kerja kumpulan


Berbincang bersama Ustazah Saadah dan menyiapkan tugasan yang diberi


Bacaan Yasin dan penerangan dari Ustaz Jamaludin


Mendengar ceramah motivasi dari Ustaz Fahmidin dari Kulim.


Alhamdullillah,segala perancangan dan persiapan untuk program motivasi tahun 6 telah berjalan dengan lancar.Kerjasama antara semua guru melicinkan lagi perjalan program hari tersebut.Program ini melibatkan 48 orang murid tahun 6 dan dibawah kendalian En. Khosim bin Salleh ( Guru Tahun 6 ). Program berlangsung selama 2 hari 1 malam iaitu pada 1 April dan berakhir pada 2 April.Antara program yang dijalankan ialah:
1. Program Ceramah Motivasi
2. Riadah Sukan
3. Tazkirah
4. Qiyamulail
5. Bacaan Yasin dan Solat Hajat.

Semoga murid-murid SK Kampong Sadek dapat menunjukkan komitmen serta minat untuk belajar bagi menghadapi peperiksaan UPSR kelak.