Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Monday, January 25, 2010

Persiapan Sukan


En Mohamad dan En Nizam sedang mengukur padang

Guru-guru sedang mengukur padang sambil dipantau oleh PK1

Guru-guru membuat persediaan untuk menyiapkan garisan untuk kejohanan sukan nanti.Guru-guru bertungkus lumus memastikan garisan padang dapat disiapkan untuk murid-murid menjalani latihan sukan pada setiap hari Rabu dan Khamis.Majulah Sukan Untuk Negara!


Guru Praktikum

Bersama guru pembimbing iaitu Ustaz Jamaludin bt Abdullah


Selamat datang kepada Cik Wan Shahida bt Wan Abd Rashid dan Cik Nurus Saadah bt Mohd Khairi.Mereka merupakan guru praktikum dari Institut Perguruan Darul Aman (IPDA) opsyen Pendidikan Islam dan akan menjalani praktikum sehingga bulan April nanti.Diharap mereka dapat mengutip pengalaman berharga sepanjang menjalani praktikum disini.

Guru Baru

Selamat datang diucapkan kepada seorang guru baru SK Kampong Sadek iaitu Puan Khairiah bt Abdul Halim yang telah melapor diri pada 4 Januari 2010 yang lalu.Beliau merupakan guru matapelajaran Bahasa Inggeris keluaran KPLI bagi menggantikan Puan Normah yang merupakan guru kontrak.Selamat bertugas diucapkan kepada Puan Khairiah.

Friday, January 22, 2010

CUEPACS nafi COLA akan ditarik balik

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menafikan khabar angin kononnya elaun sara hidup kakitangan awam (COLA) dan elaun perumahan akan ditarik balik oleh kerajaan.

Presidennya, Omar Osman berkata, sekiranya ia dilaksanakan, sudah pasti ada surat pekeliling dengan ditandatangani secara rasmi oleh pihak berkenaan dan diedarkan untuk pengetahuan kira-kira sejuta kakitangan awam.

''Perkara baru yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan perlu mempunyai surat dan tarikh kuat kuasa dan ia tidak akan sah tanpanya,'' ujar beliau ketika dihubungi malam ini.

Omar mengulas berita yang tersebar dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) dan laman-laman blog yang mendakwa elaun tersebut akan ditarik balik oleh kerajaan sebagai langkah penjimatan perbelanjaan negara.

"Semalam saya ada bertemu dengan pegawai tertinggi Perbendaharaan dan Pegawai Akauntan Negara mengenai perkara itu dan mereka tidak tahu mengenai pemotongan tersebut," katanya.

Katanya, jika benar elaun itu ditarik balik, ia akan menjadi masalah besar kepada kakitangan awam kerana bonus tahun 2009 juga tidak diberi kepada mereka.

Add to Google

Saturday, January 9, 2010

Watikah Perlantikan Pengawas




Penyerahan watikah perlantikan pengawas telah diadakan pada 10 Januari 2010.Perlantikan ini telah disempurnakan oleh Puan Rodiah bt Awang Chik.Majlis ini telah di ketuai oleh Guru Pengawas iaitu Puan Halison bt Abdullah.

Wednesday, January 6, 2010

Pengemaskinian

Pengemaskinian laman web ini sedang diusahakan mengikut takwim sekolah yang terbaru.Diharap pengunjung dapat terus mengikuti perkembangan sekolah melalui laman ini.Harap Maklum!