Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Sunday, March 28, 2010

Sekadar Peringatan!

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita.Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya….!!!

" AMARAN DARI PIHAK POLIS – BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )

Sedarlah semua! Tolong sebar2kan….. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian.

Monday, March 15, 2010

Selamat Pengantin Baru!


Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Ustazah Zahanah bt Mohd Nadzir yang telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac 2010 dengan jejaka pilihannya.Sekali lagi warga SK Kampong Sadek mengucapkan semoga dimurahkan rezeki dan semoga kekal sehingga ke akhir hayat.

Wednesday, March 10, 2010

Sekitar Sambutan Maulidur Rasul

Ceramah Maulidur Rasul sementara murid mendengar ceramah



Bersedia untuk perarakan dan guru-guru bersama sepanduk perarakan

Alhamdulillah segala perancangan untuk majlis Sambutan Maulidur Rasul telah berjalan dengan lancar.Majlis dimulakan pada pukul 8.30 pagi dimana murid-murid berarak sambil berselawat sekitar kawasan Kampong Sadek.Pada 9.00 pagi, majlis diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan dari luar.Dengan berlangsungnya majlis ini sedikit sebanyak dapat memberikan murid-murid satu pendedahan tentang perjuangan serta kisah hidup Rasulullah s.a.w.



Saturday, March 6, 2010

Pertukaran Guru

Glitter Photos
Tn Hj Ishak bin Arshad

Sekalung penghargaan diucapkan kepada Tn Hj Ishak bin Arshad sepanjang beliau berkhidmat di SK Kampong Sadek.Beliau akan bertukar ke SK Taman Seri Wang, Sungai Petani setelah hampir 1 tahun lebih di SK Kampong Sadek.Beliau memohon pertukaran kerana tempat tinggal yang agak jauh untuk ke SK Kampong Sadek.Pihak sekolah amat merasakan kehilangan beliau.Diharap beliau terus akan memberikan perkhidmatan yang cemerlang di sekolah baru nanti.

Pertandingan MTQ Peringkat Zon

Adik Arif Daniel bersama trofi Naib Johan pertandingan Bercerita


Adik Nurul Iwana Izzah bersama trofi Johan Bercerita

Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran( MTQ ) peringkat Zon telah diadakan pada 6 Mac 2010 di SK Syed Sheikh.Dengan usaha dan semangat yang tinggi, beberapa orang wakil dari SK Kampong Sadek telah berjaya merangkul beberapa hadiah.Antara yang mendapat tempat ialah Johan Bercerita ( Kategori Perempuan ), Naib Johan Bercerita ( Kategori Lelaki ) dan Tempat ketiga Tilawah Al-Quran (Kategori Lelaki).Adik Nurul Iwana dan Adik Arif Daniel akan mewakili zon diperingkat daerah kelak.

Friday, March 5, 2010

Jaga 7 Sunah Rasulullah s.a.w


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Thursday, March 4, 2010

Bola Sepak Johan!



Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Kampong Sadek kerana berjaya menjadi johan peringkat Zon pada 4 Mac 2010.Perlawanan akhir pada hari tersebut telah berlangsung dengan mendapat tentangan yang sengit daripada SK Tawar.Berkat usaha semua pihak, SK Kampong Sadek telah berjaya menang bergaya ke atas SK Tawar dengan jaringan 2-1.Berikut ialah perjalanan SK Kampong Sadek dalam perlawanan-perlawanan yang telah berlangsung:

Peringkat Kelompok:
1. SK Kampong Sadek (3) vs SK Syed Sheikh (0)
2. SK Iboi (2) vs SK Kampong Sadek (0)
3. SK Kampong Sadek (4) vs SK Tiak (1)
4. SK Kampong Sadek (0) vs SK Kuala Kuang (0)

Peringkat Zon:
1. SK Kampong Sadek (4) vs SK Seri Inas (0)
2. SK Kampong Sadek (1) vs SK Tawar (0)

Separuh Akhir:
1. SK Kampong Sadek (3) vs SK Badang (0)

Akhir:
1. SK Kampong Sadek (2) vs SK Tawar (1)