Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Thursday, August 6, 2009

Sejarah Sekolah

Sekolah Kebangsaan Kampong Sadek (SKKS) pada mulanya adalah cawangan dari Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang.SKKS telah ditubuhkan pada tahun 1961.Pada mulanya ada 4 buah bilik darjah dan sebuah pejabat.Nama sekolah ini diberi sempena nama peneroka asal kampong ini , iaitu TOK SADEK.


PARA PENGASAS
1.En.Ahmad b.Md.Yoh
2.En.Taib b. Abd. Latif ( Allahyarham )
3.En.Shafie b.Tahir
4.Tn Haji Awang Embon b. Haji Omar (Allahyarham )

Mereka di atas telah berusaha mengumpul wang berjumlah RM 1 200.00 dan berjaya membeli satu lot tanah (tapak asal SKKS) seluas 1 relong 109 jemba.Sebuah jawatankuasa pembinaan sekolah telah ditubuhkan dalam tahun 1960:


Pengerusi :Tn Hj Awang Din b Shafie
Setiausaha :En Ahmad b Md.Yob
Pen S/Usaha :En Taib b Abd Latif
Bendahari :Tn Haji Awang Embon b Haji Omar

AHLI JAWATANKUASA
Tn Hj Hasan b Sulaiman
En Teh b Soh
En Mohd Piah b Tahir
En Md Dali b Hashim
En Shafie b Tahir
En Senik b Salleh
En Abdullah b Taib

Jawatankuasa pembinaan sekolah telah berjaya mengumpul wang derma daripada orang ramai sebanyak RM 1 300.00 lagi.Wang tersebut digunakan untuk membeli satu lot tanah lagi seluas 1 relung 119 jemba menjadikan luas kawasan sekolah 2 relung 219 jemba. Tanah tersebut ditadbir oleh 3 orang pemegang amanah (Nazir Amanah). Orang ramai bergotong-royong membersih dan menyediakan tapak sekolah.
SKKS mula didirikan oleh kerajaan pada 14.2.1962. Pembukaannya dirasmikan oleh Y.A.B. Datok Seri Maha Wangsa Tun Syed Omar Shahabuddin, P.M.N,J.P.(Menteri Besar Kedah ) pada 25 Januari 1962.