Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Sunday, August 9, 2015

Permohonan Murid Ke Sekolah Seni Malaysia


Sistem Permohonan Murid Ke Sekolah Seni Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2016 akan dibuka bermula 26 Mei 2015 sehingga 5 September 2015. Murid-murid yang berminat perlulah mengisi borang permohonan melalui pautan yang diberikan. Pemohon boleh melayari pautan berkaitan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat permohonan dan syarat kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia. Pemohon yang berminat boleh melayari pautan yang diberikan.



Syarat Kemasukan:


1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga