7:30 PM
Sistem Permohonan Murid Ke Sekolah Seni Malaysia Kementerian Pendidikan
Malaysia Sesi 2016 akan dibuka bermula 26 Mei 2015 sehingga 5 September
2015. Murid-murid yang berminat perlulah mengisi borang permohonan
melalui pautan yang diberikan. Pemohon boleh melayari pautan berkaitan untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang syarat permohonan dan syarat kemasukan ke Sekolah Seni Malaysia. Pemohon yang berminat boleh melayari pautan yang diberikan.
Syarat Kemasukan:
| 1. |
Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR |
| 2. |
Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat |
| 3. |
Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan |
| 4. |
Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan |
| 5. |
Mengemukakan rekod kesihatan murid |
| 6. |
Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga |
| 7. |
Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga |
9:06 PM
Dimaklumkan bahawa pihak sekolah diarahkan agar Kelas Tasmik dimasukkan jadual tersebut kedalam jadual biasa. Oleh yang demikian, terdapat perubahan jadual pulang bagi semua murid. Rujuk pada jadual yang disertakan disini. Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas. Sekian dimaklumkan.
4:50 PM
Syukur alhamdulillah, majlis berbuka puasa antara guru, staf dan AJK PIBG telah diadakan pada 1 Julai 2015. Majlis ini juga diadakan sempena persaraan Puan Halifah bt Talib dan Puan Noridah bt Zakariah. Semua AJK PIBG dan guru-guru serta staf bersama bergotong-royong menyediakan makanan untuk berbuka. Terima kasih juga kepada Puan Noridah atas sumbangan 2 ekor kambing untuk majlis tersebut. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini.
12:17 AM
Program Usahasama dengan Jepun ini adalah hasil daripada idea oleh Cikgu Siti Zarah bt Mohamad Sayuti ( Guru PRA Sekolah SK Kampong Sadek ). Program ini dinamakan Friendly Relationship Through Pictures. Program ini dimana ia merupakan pertukaran lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh murid-murid dan dihantar ke negara Jepun untuk pameran. Ia adalah usahasama dan kolaborasi untuk menunjukkan hasil-hasil lukisan murid-murid di Malaysia khususnya murid-murid di daerah Baling/Sik. Sekalung Tahniah..!
Bersama Mr Oike dari Jepun.
9:16 PM
Umum mengetahui bahawa tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan satu hari yang amat bermakna buat insan bergelar guru. Pada tahun ini, dengan tema Guru: Menyampaikan Ilmu, Menyempurnakan Akhlak merupakan tema yang amat sesuai seiring dengan keadaan dan situasi pada masa sekarang. Pada peringkat sekolah, SK Kampong Sadek telah mengadakan sambutan hari guru pada 18 Mei 2015 yang lalu. Pelbagai acara telah diadakan dan kemeriahan ini diteruskan dengan acara guru, persembahan daripada murid, ceramah Israk dan Mikraj. Sambutan tahun ini disambut dengan meriah dan disempurnakan dengan acara potongan kek oleh tuan guru besar iaitu En Sapere bin Abdullah. Berikut antara gambar-gambar semasa sambutan hari guru tersebut.
10:13 PM
Tema Hari
Guru pada tahun 2015 ini adalah "Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan
Akhlak" telah mula diwar-warkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
sejak bulan Februari yang lalu. Tema Hari Guru tahun ini yang lebih
menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid
berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa
masyarakat sekarang.
Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.
1. Guru
berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat
membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian
dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi
mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan
individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan
bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam
menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul
di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.
2. Peranan
guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus
dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam
pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik
seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui
amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan
sumber secara berkesan.
3. Peranan
guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan
berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang
digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat
untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu
pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran
dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru
merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.
Sumber : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/Hari%20Guru%202015.pdf
8:11 AM
Program Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah telah berlangsung dengan jayanya sepanjang penghujung bulan Februari hingga ke bulan Mac. Program ini dianjurkan bersama oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah dan kesannya. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Keceriaan Kelas Bertema, Program Ceramah oleh AADK Cawangan Baling dan Program Gaya Hidup Sihat ( Senamrobik ). Kesemua aktviti dapat berjalan dengan lancar dan berjaya menarik minat pelajar.
6:18 PM
Enrolmen yang ditunjukkan diatas ialah berdasarkan kepada data yang diperoleh dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang diperoleh pada 10 Mac 2015. Enrolmen ini sentiasa dikemaskini oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Zuridah bt Wahab. Data ini sentiasa dikemaskini berdasarkan data bilangan keluar dan masuk murid pada bulan semasa.