Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Saturday, December 29, 2012

Rancangan Tahunan KSSR Tahun 3 2013

Masuk sahaja sesi persekolahan baru, mungkin ramai guru-guru mencari rancangan tahunan yang akan digunakan dalam sesi P&P yang akan dijalankan.Setelah beberapa laman web yang dikunjungi, pihak admin telah menemui satu laman web yang menyediakan pautan untuk rancangan tahunan untuk subjek KSSR Tahun 3. Walaubagaimanapun mungkin ada beberapa rancangan tahunan yang tidak dikemaskini mengikut standard kandungan yang terbaru. Apapun, guru-guru boleh menjadikan bahan ini sebagai panduan.
Klik disini untuk ke pautan muat turun tersebut:
Laman Blog Cikgu Shamsudin.

Monday, December 3, 2012

Cuti Akhir Tahun 2012

Selamat bercuti diucapkan kepada semua warga SK Kampong Sadek. Sekolah akan bercuti pada 9 Nov 2012 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2013. Manfaatkanlah cuti ini dengan perkara yang berfaedah. Kepada guru yang merancang untuk pergi bercuti, Selamat Bercuti diucapkan. Rancang perjalanan dan mudah-mudahan semoga semuanya akan selamat.

Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR telah diumumkan pada hari Isnin, 19 November yang lalu. Pada tahun ini, ada peningkatan dari segi peratusan iaitu sebanyak 72% berbanding tahun lepas sekitar 67%. Kejayaan ini adalah kerjasama yang erat antara guru,waris dan pelajar itu sendiri yang telah sama-sama berusaha untuk meningkatkan prestasi sekolah. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada semua pihak yang terllibat dalam meningkatkan prestasi pada tahun ini. Seramai 3 orang murid memperolehi 5A, 3 orang murid memperolehi 4A1B dan seorang murid memperolehi 4A1C. Tahniah diucapkan !

Pertukaran Guru Sesi 2013

Tahniah kepada Cikgu Che Bunga kerana pertukaran antara daerah telah diluluskan untuk sesi persekolahan tahun 2013. Walaupun baru setahun di SK Kampong Sadek, tetapi banyak sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh beliau amat memuaskan. Warga SK Kampong Sadek amak kehilangan beliau sebagai guru Bahasa Inggeris. Beliau terpaksa berulang alik dari Alor Setar ke Baling memadangkan suaminya yang baru mengalami kemalangan. Kami berharap dengan pertukaran ini dapat memberi satu semangat baru kepada beliau disamping keluarga.Tahniah diucapkan !

Thursday, August 5, 2010

Jawatankuasa KoKurikulum 2015


Saturday, July 31, 2010

Sekitar Hari KOKO 2010




Alhamdulillah,segala perancangan untuk Hari KoKurikulum pada tahun ini telah berjalan dengan jayanya.Program ini berjalan pada 24 Julai 2010 yang lalu.Hari Kokurikulum ini telah bergabung dengan program anjuran Komuniti Kupang iaitu Program Sepakat Bestari.Pelbagai acara menarik terdapat pada hari tersebut seperti pameran agensi-agensi terlibat,jualan,gubahan,pertandingan mewarna dan juga pengunjung berpeluang menaiki kuda yang dibawa khas ke padang SK Kampong Sadek.Lagi gambar boleh dilihat di Facebook SK Kampong Sadek.

Link ke Group Facebook SK Kampong Sadek : klik disini

Thursday, July 22, 2010

Jemputan

Blogger Templates

Semua dijemput hadir untuk memeriahkan Hari Kokurikulum pada Sabtu
( 24 Julai 2010 ).Sekolah akan bercuti pada hari Ahad iaitu
pada 25 Julai 2010.Sekian harap maklum!

Wednesday, June 23, 2010

Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin ganti peperiksaan awam.

KUALA LUMPUR: Sistem pentaksiran berasaskan sekolah mungkin akan digunakan untuk menggantikan sistem peperiksaan awam di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, menerusi sistem itu, Lembaga Peperiksaan akan menentukan bentuk soalan yang boleh dinilai oleh guru dan kemudian akan diukur pencapaiannya."Kita gantikan sistem peperiksaan awam kepada satu sistem pentaksiran berasaskan sekolah, ini belum dimaklumkan tetapi sudah dikaji dan didapati mungkin sesuai kerana ia diamalkan di banyak negara."Mungkin ia tidak banyak beza berbanding negara lain, pokoknya ia tidak menjejaskan soal pembelajaran iaitu cara guru mengajar dan murid belajar adalah sama, tetapi bagaimana kita hendak nilai, sama ada peperiksaan awam atau sistem penilaian," katanya ketika menggulung perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) bagi kementeriannya persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, kerajaan juga tidak tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu dasar seperti cadangan kemungkinan supaya peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan.

"Ramai pakar kata sepatutnya dah lama buat, tetapi kenapa kita buat sekarang, kita dah lama buat kajian iaitu sejak 2007 lagi kementerian ada pasukan yang meneliti isu yang berbangkit," katanya.

Beliau berkata, langkah mengurangkan peperiksaan awam ini dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan dalam aspek perbelanjaan mengurus, penggunaan sumber manusia dan mengurang beban tugas guru untuk mengendalikan proses peperiksaan.
Mengenai rombakan sistem pendidikan Teknik, Vokasional dan Kemahiran untuk dijadikan pendidikan arus perdana, Muhyiddin berkata kerajaan akan menambah bilangan sekolah vokasional dengan bentuk kurikulum baru serta latihan yang jauh berbeza daripada apa yang ada sekarang khususnya berkaitan dengan bidang yang mempunyai hubung kait dengan negara pada masa kini.

"Saya sendiri pengerusikan mesyuarat di peringkat kementerian untuk meneliti semua perkara berkenaan rombakan besar kepada pendidikan vokasional, kurikulum, infrastruktur, kemudahan dan latihannya akan diumumkan untuk pengetahuan ahli Yang Berhormat dalam masa terdekat," katanya.-BERNAMA