Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Monday, December 3, 2012

Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR telah diumumkan pada hari Isnin, 19 November yang lalu. Pada tahun ini, ada peningkatan dari segi peratusan iaitu sebanyak 72% berbanding tahun lepas sekitar 67%. Kejayaan ini adalah kerjasama yang erat antara guru,waris dan pelajar itu sendiri yang telah sama-sama berusaha untuk meningkatkan prestasi sekolah. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada semua pihak yang terllibat dalam meningkatkan prestasi pada tahun ini. Seramai 3 orang murid memperolehi 5A, 3 orang murid memperolehi 4A1B dan seorang murid memperolehi 4A1C. Tahniah diucapkan !