Sekolah Kebangsaan Kampong Sadek (SKKS) pada mulanya adalah cawangan dari Sekolah Kebangsaan Kuala Kupang.SKKS telah ditubuhkan pada tahun 1961.Pada mulanya ada 4 buah bilik darjah dan sebuah pejabat.Nama sekolah ini diberi sempena nama peneroka asal kampong ini , iaitu TOK SADEK.
PARA PENGASAS
1.En.Ahmad b.Md.Yoh
2.En.Taib b. Abd. Latif ( Allahyarham )
3.En.Shafie b.Tahir
4.Tn Haji Awang Embon b. Haji Omar (Allahyarham )
Mereka di atas telah berusaha mengumpul wang berjumlah RM 1 200.00 dan berjaya membeli satu lot tanah (tapak asal SKKS) seluas 1 relong 109 jemba.Sebuah jawatankuasa pembinaan sekolah telah ditubuhkan dalam tahun 1960:
Pengerusi :Tn Hj Awang Din b Shafie
Setiausaha :En Ahmad b Md.Yob
Pen S/Usaha :En Taib b Abd Latif
Bendahari :Tn Haji Awang Embon b Haji Omar
AHLI JAWATANKUASA
Tn Hj Hasan b Sulaiman
En Teh b Soh
En Mohd Piah b Tahir
EnMd Dali b Hashim
En Shafie b Tahir
En Senik b Salleh
En Abdullah b Taib
Jawatankuasa pembinaan sekolah telah berjaya mengumpul wang derma daripada orang ramai sebanyak RM 1 300.00 lagi.Wang tersebut digunakan untuk membeli satu lot tanah lagi seluas 1 relung 119 jemba menjadikan luas kawasan sekolah 2 relung 219 jemba. Tanah tersebut ditadbir oleh 3 orang pemegang amanah (Nazir Amanah). Orang ramai bergotong-royong membersih dan menyediakan tapak sekolah.SKKS mula didirikan oleh kerajaan pada 14.2.1962. Pembukaannya dirasmikan oleh Y.A.B. Datok Seri Maha Wangsa Tun Syed Omar Shahabuddin, P.M.N,J.P.(Menteri Besar Kedah ) pada 25 Januari 1962.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Unit ICT kerana telah mewujudkan satu laman web yang amat berguna dan pemangkin kepada kemajuan ICT di SK Kampong Sadek.Diharap dengan terbinanya laman web ini dapat merapatkan ukhuwah khususnya diantara ibubapa dan guru.Laman web ini diharap dapat menjadi satu kebanggan warga SK Kampong Sadek dimana ia dapat menyampaikan maklumat dan informasi sekolah dengan lebih cepat dan tepat.Diharap semua pengunjung dapat mengemukakan maklum balas dan komen yang membina agar dapat meningkatkan lagi mutu kegemilangan sekolah.