Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Saturday, January 10, 2015

Sesi Pertama Persekolahan 2015


Seminggu selepas penangguhan sesi persekolahan 2015, para pelajar kembali ke sekolah pada 11 Januari 2015. Sememangnya pada pukul 7.00 pagi lagi kelihatan para pelajar telah hadir ke sekolah dan bersemangat untuk meneruskan sesi pembelajaran pada tahun ini. Tepat jam 7.45 pagi, murid-murid telah berkumpul di tapak perhimpunan untuk perhimpunan pagi. Banyak ucapan disampaikan sebagai peringatan untuk murid-murid untuk terus cemerlang pada tahun 2015 ini. Pada hari ini juga, SK Kampong Sadek menerima lawatan dari pegawai PPD iaitu En Suhaimie bin Sulong untuk memantau perjalanan sesi PdP pada tahun ini. Seterusnya, pihak sekolah juga telah menerima kunjungan daripada pegawaj JPN Kedah iaitu Pn Mazliyani bt Mohamad untuk memantau perjalanan proses PdP di sekolah.