Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Friday, August 8, 2014

Sambutan Hari Raya 2014



Pada hari Khamis , 7 Ogos 2014 - Semua warga SK Kampong Sadek telah mengadakan Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah . Majlis sambutan ini disertai oleh semua guru dan kakitangan SK Kampong Sadek, murid-murid Prasekolah, Tahun 1 hingga tahun 6 dan turut dimeriahkan lagi dengan para jemputan. Majlis ini bermula pada jam 11.00 pagi dan berakhir pada jam 1.15 tengah hari. Pengajaran dan Pembelajaran tetap dijalankan pada jam 7.45 pagi hingga 10.30 pagi. Antara program yang diadakan sepanjang sambutan ini ialah acara persembahan nyanyian daripada guru-guru dan murid-murid SK Kampong Sadek .Acara ini telah dijalankan di dewan sekolah. Semua warga sekolah kelihatan sangat gembira dan hari raya disambut dengan meriah sekali. Pelbagai juadah dan kuih-muih disediakan oleh pihak penganjur untuk dijamu kepada warga sekolah dan para jemputan. Harapan penganjur agar sambutan seperti ini akan terus dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang dan dijadikan acara tahunan. Majlis ini diadakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Guru, pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.