Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Thursday, November 28, 2013

Selamat Bercuti 2013

Sudah lama rasanya blog ini tidak dikemaskini statusnya. Mungkin masa begitu amat cemburu dengan kita. Ditambah pula dengan tugasan yang begitu banyak yang perlu diselesaikan pada tahun 2013 ini. Walaupun sibuk sekali pun, pihak sekolah telah berjaya megadakan beberapa aktiviti tahunan sekolah dengan jayanya. Aktiviti seperti Sambutan Kemerdekaan, Sambutan Hari Raya, Hari Anugerah Cemerlang, Hari Sukan dapat dijayakan dengan begitu baik. Mujurlah cikgu disini kesemuanya amat komited dalam menjayakan sebarang aktiviti yang melibatkan kerjasama antara guru-guru. Sungguh pun begitu, dirasakan pada tahun ini kursus yang perlu dihadiri begitu padat. Sehinggakan Hari Sukan sekolah pun terpaksa diadakan pada penghujung tahun. Pun begitu, kita semua tahu bahawa apa sahaja aktiviti yang dijalankan, pasti kemeriahan dan kerjasama antara semua guru begitu komited. Manfaatkanlah cuti sekolah tahun ini dengan sebaiknya. Kepada semua diucapkan selamat bercuti.Akhir kata, rancang percutian ckgu-cikgu sekalian. Rasailah nikmat bercuti ini. Selamat bercuti. Kepada murid-murid semua diharap dapat melakukan perkara-perkara yang berfaedah.