Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Saturday, October 3, 2009

Jamuan Hari Raya 2009




Jamuan Hari Raya peringkat sekolah telah diadakan pada 28hb Sept 2009 (Isnin) yang lalu.Antara beberapa juadah yang disediakan ialah lemang,bihun dan kuih-muih.Walaupun SK Kampong Sadek mempunyai bilangan murid yang sedikit,namun kemeriahan Aidilfitri masih lagi meriah walaupun telah beberapa hari kita telah menyambut Syawal.Kemeriahan jamuan ini diserikan lagi dengan nyanyian lagu-lagu hari raya daripada murid-murid serta gabungan daripada beberapa orang guru.Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK PIBG yang telah bertungkus lumus menyediakan bihun dan lemang semasa jamuan ini.