Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Sunday, June 14, 2015

Program Usahasama Dengan Jepun


Program Usahasama dengan Jepun ini adalah hasil daripada idea oleh Cikgu Siti Zarah bt Mohamad Sayuti ( Guru PRA Sekolah SK Kampong Sadek ). Program ini dinamakan Friendly Relationship Through Pictures. Program ini dimana ia merupakan pertukaran lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh murid-murid dan dihantar ke negara Jepun untuk pameran. Ia adalah usahasama dan kolaborasi untuk menunjukkan hasil-hasil lukisan murid-murid di Malaysia khususnya murid-murid di daerah Baling/Sik. Sekalung Tahniah..!



Bersama Mr Oike dari Jepun.

Monday, May 25, 2015

Sekitar Sambutan Hari Guru 2015


Umum mengetahui bahawa tanggal 16 Mei setiap tahun merupakan satu hari yang amat bermakna buat insan bergelar guru. Pada tahun ini, dengan tema Guru: Menyampaikan Ilmu, Menyempurnakan Akhlak merupakan tema yang amat sesuai seiring dengan keadaan dan situasi pada masa sekarang. Pada peringkat sekolah, SK Kampong Sadek telah mengadakan sambutan hari guru pada 18 Mei 2015 yang lalu. Pelbagai acara telah diadakan dan kemeriahan ini diteruskan dengan acara guru, persembahan daripada murid, ceramah Israk dan Mikraj. Sambutan tahun ini disambut dengan meriah dan disempurnakan dengan acara potongan kek oleh tuan guru besar iaitu En Sapere bin Abdullah. Berikut antara gambar-gambar semasa sambutan hari guru tersebut.










Saturday, April 18, 2015

Tema Hari Guru 2015


Tema Hari Guru pada tahun 2015 ini adalah "Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak" telah mula diwar-warkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti sejak bulan Februari yang lalu. Tema Hari Guru tahun ini yang lebih menumpukan kepada aspek pembentukan akhlak dan sahsiah murid berteraskan ilmu dilihat bertepatan dengan kehendak dan keperluan semasa masyarakat sekarang.

Berikut adalah huraian kepada Tema Hari Guru 2015.
1. Guru berperanan mengupayakan diri dengan ilmu dan pengalaman agar dapat membangunkan potensi insan melalui penyerapan elemen-elemen kerohanian dan kurikulum, menyediakan kepelbagaian bahan rangsangan bagi mengoptimumkan potensi murid serta menyediakan pelan pembangunan individu yang menyeluruh dan bersepadu bagi menghasilkan modal insan bertaraf dunia. Warga pendidik perlu memainkan peranan penting dalam menyediakan serta membentuk insan peribadi mulia berpersonaliti unggul di dalam membina negara bangsa yang berkualiti.

2. Peranan guru juga tidak terbatas hanya kepada menyampaikan kandungan silibus dalam bilik darjah, malah guru perlu kreatif dan inovatif dalam pembangunan ilmu (knowledge development) dalam kalangan anak didik seiring dengan perkembangan teknologi dan keperluan masa depan melalui amalan pengajaran guru yang berpusatkan pelajar serta penggunaan bahan sumber secara berkesan.

3. Peranan guru adalah menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan berakhlak ke arah kesempurnaan kemenjadian murid. Seperti yang digarapkan dalam PPPM 2013 - 2025, sistem pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan murid berdasarkan enam aspirasi murid, iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian dan identiti nasional. Justeru guru merupakan agen ke arah merealisasikan hasrat tersebut.


Sumber : http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/files/Hari%20Guru%202015.pdf

Wednesday, April 1, 2015

Program Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah


Program Bulan Pendidikan Pencegahan Dadah telah berlangsung dengan jayanya sepanjang penghujung bulan Februari hingga ke bulan Mac. Program ini dianjurkan bersama oleh Unit Pendidikan Pencegahan Dadah dan Jenayah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Tujuan utama program ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah dan kesannya. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti Pertandingan Mewarna, Pertandingan Keceriaan Kelas Bertema, Program Ceramah oleh AADK Cawangan Baling dan Program Gaya Hidup Sihat ( Senamrobik ). Kesemua aktviti dapat berjalan dengan lancar dan berjaya menarik minat pelajar.










Monday, March 9, 2015

Enrolmen Murid

Enrolmen yang ditunjukkan diatas ialah berdasarkan kepada data yang diperoleh dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang diperoleh pada 10 Mac 2015. Enrolmen ini sentiasa dikemaskini oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Zuridah bt Wahab. Data ini sentiasa dikemaskini berdasarkan data bilangan keluar dan masuk murid pada bulan semasa.

Sunday, March 8, 2015

Jadual Ujian Bulan Mac 2015


Ujian Bulan Mac ataupun Ujian PKBS 1 akan ditadbir bermula pada 10 Mac 2015 ini. Diharap semua pelajar dapat bersedia dan memberikan sepenuh fokus terhadap ujian ini untuk meneruskan kelangsungan kecemerlangan sekolah SK Kampong Sadek. Selamat Menduduki Ujian Bulan Mac !

Saturday, February 28, 2015

Takwim Peperiksaan dan Ujian Bulanan


Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda. Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan.


PERSIAPAN. 


Persiapan pada sebelum malam peperiksaan.

Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.

  • Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1' atau ‘You Can Do It'.
  • Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
  • Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya.

PAGI HARI PEPERIKSAAN

  • Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari.
  • Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.
  • Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan.
  • Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk anda memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas? Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai?

HARI PEPERIKSAAN

* Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan

  • Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Aktiviti ini sangat penting bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja.
  • Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas.
  • Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu-buru.
  • Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.
  • Pilih soalan yang terbail untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab.
  • Tulis dengan jelas dan cepat
  • Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
  • Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.
  • Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para pengawas peperiksaan.


BUNTU FIKIRAN/TEKANAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL PADA MUSIM PEPERIKSAAN.

  • Ia boleh diatasi dengan pencegahan
  • Ia boleh disebabkan oleh kurang persediaan, ulangan atau ualangkaji
  • Jalankan kegiatan ulangan tiap-tiap hari dan minggu.
  • Pelajar dinasihatkan supaya jangan gementar
  • Bernafas panjang dan dalam
  • Bersantai iaitu berehat
  • Cuba ingatkan baik dengan mengingati fakta yang berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya.
  • Rujuk balik kepada nota (bukan semasa peperiksaan)
  • Akibat kurang tidur, atau salah makan
  • Jalankan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan.


KELETIHAN FIZIKAL DAN CARA MENGATASINYA

  • Jaga masa tidur.
  • Rehatkan tangan, mata dan otot-otot semasa menjawab soalan sekali sekala.
  • Ambil angin sebentar
  • Basuh muka dengan air sejuk
  • MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN
    SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
  1. Persediaan lebih awal
  2. Kawalan mental melalui latihan
  3. Kawalan fizikal melalui latihan
  4. Bersantai – mental/fizikal
  5. Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
  6. Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
  7. Rehatkan fikiran
  8. Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
  9. Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik


MAKLUMAT PEPERIKSAAN

  • Nama pusat peperiksaan
  • Nombor pusat
  • Angka giliran
  • Lokasi tempat
  • Keadaan fizikal bilik/kawasan
  • Kenderaan
  • Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus)

MAKLUMAT TENTANG KERTAS.

  • Nombor kertas
  • Tarikh
  • Masa
  • Sesi/Bahagian kertas
  • Arahan spesifik
  • Format

DOA DAN SEMBAHYANG SUNAT UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

  • Sembahyang hajat
  • Doa keluar rumah
  • Doa naik kenderaan
  • Doa apabila menemui sesuatu yang sukar
  • Doa apabila hati menghadapi kesedihan
  • Doa apabila terkena kesedihan hati
  • Doa aneka macam kesusahan


HARI PEPERIKSAAN

  • Ulang pelajaran
  • Tidur awal
  • Doa sebelum tidur
  • Sembahyang fardu/sunat selepas bangun
  • Sampai awal di pusat peperiksaan.

TEKNIK MENJAWAB

Panduan Umum

  • Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu
  • Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu
  • Tinggal dahulu soalan yang sukar
  • Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh
  • Rancang jawapan (lakar jawapan)

2.Ujian Objektif


  • Baca arahan dengan teliti
  • Baca dengan cepat semua soalan dahulu
  • Jawab dengan cepat yang pasti betul jawapannya
  • Balik kepada soalan-soalan yang belum berjawab. Analisa soalan-soalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau bayangan (clue)
  • Baca beberapa kali
  • Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan.
  • Jangan terus ketepikan jawapan "semuanya di atas" atau "bukan di atas"
  • Pilih jawapan "semuanya di atas" apabila semua pilihan jawapan betul.
  • Baca jawapan untuk memahami soalan
  • Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja.
  • Olah balik soalan suapaya senang difahami. Cari contoh-contoh yang boleh menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan jawapan yang setepat mungkin.
  • Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain
  • Cuba teka adalah usaha terakhir
  • Semak jawapan