Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Saturday, February 28, 2015

Takwim Peperiksaan dan Ujian Bulanan


Sepatutnya anda dapat dikatakan pakar dalam hal ini, kerana kekerapan anda mengambil peperiksaan semenjak kecil lagi. Namun begitu , anda mungkin lupa sesuatu, ataupun tidak tahu teknik-teknik yang dapat membantu kecekapan anda. Berikut beberapa panduan dan teknik yang dapat mengurangkan ketegangan menghadapi peperiksaan.


PERSIAPAN. 


Persiapan pada sebelum malam peperiksaan.

Pelajar-pelajar suka belajar hingga larut malam terutama sekali pada malam sebelum peperiksaan. Sepatutnya amalan ini ditinggalkan dan sebaliknya anda cuba berehat. Tidur awal membolehkan anda berasa tenang dan bertenaga semasa menghadapi peperiksaan pada keesokannya harinya.

  • Tanamkan azam dan semangat berjaya dan ini dapat diperkuatkan sekiranya anda telah mematuhi strategi belajar yang bermula pada awal semester. Letakkan (gambar) di dinding dengan tulisan seperti ‘Anda Boleg Berjaya1' atau ‘You Can Do It'.
  • Kurangkan meminum minuman the dan kopi. Jangan gunakan dadah perangsang seperti Amfetamin atau ‘Pep Pills' yang senang disalahgunakan oleh pelajar semasa hendak mengambil peperiksaan.
  • Kumpulkan semua barang yang perlu dibawa ke dewan peperiksaan seperti beberapa batang pensil, pen, pemadam atau tip-ex, kad metrik atau kad pengenalan dan sebagainya.

PAGI HARI PEPERIKSAAN

  • Pastikan anda makan sarapan yang mencukupi kerana anda memerlukan tenaga mental dan fizikal sepanjang hari.
  • Sekiranya anda perlu pengangkutan untuk ke dewan peperiksaan, anggarkan masa yang diperlukan, supaya anda tidak lewat.
  • Apabila sampai ke dewan peperiksaan anda akan melihat keadaan seperti ini: Ada pelajar yang masih sedang menyemak nota, ada yang sedang berbincang dan ada yang bergelak ketawa antara mereka. Ada baiknya anda menjauhkan diri daripada mereka supaya anda tidak merasa panik. Misalnya, apabila berbual mungkin anda mendapati bahawa anda terlupa belajar sesuatu dan ini akan menakutkan anda. Kalau perlu dan kalau ada masa, belek nota-nota supaya segala yang dipelajari segar dalam ingatan.
  • Apabila dibenarkan masuk ke dalam dewan, tentukan bahawa tempat duduk anda memuaskan. Adakah tempat itu terlalu sejuk atau terlalu panas? Bagaimana dengan cahaya lampu? Adakah meja tulis dan kerusi sesuai?

HARI PEPERIKSAAN

* Tindakan berikut perlu anda jalankan pada hari peperiksaan

  • Pastikan pusat, bangunan dan lokasi peperiksaan. Aktiviti ini sangat penting bagi calon persendirian terutama yang menduduki satu peperiksaan sahaja.
  • Semak peraturan peperiksaan sama ada peraturan umum atau khas.
  • Sampai ke pusat peperiksaan awal supaya jangan terburu-buru.
  • Baca dengan teliti format dan arahan kertas peperiksaan.
  • Pilih soalan yang terbail untuk dijawab. Beberapa soalan yang boleh dijawab dengan baik iaitu boleh memberikan banyak markah perlu dipilih sebelum menjawab.
  • Tulis dengan jelas dan cepat
  • Peruntukan masa bagi setiap jawapan perlu dikawal.
  • Masa menulis perlu digunakan dengan sepenuhnaya.
  • Jangan tinggalkan dewan peperiksaan sebelum kertas jawapan dipungut oleh para pengawas peperiksaan.


BUNTU FIKIRAN/TEKANAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL PADA MUSIM PEPERIKSAAN.

  • Ia boleh diatasi dengan pencegahan
  • Ia boleh disebabkan oleh kurang persediaan, ulangan atau ualangkaji
  • Jalankan kegiatan ulangan tiap-tiap hari dan minggu.
  • Pelajar dinasihatkan supaya jangan gementar
  • Bernafas panjang dan dalam
  • Bersantai iaitu berehat
  • Cuba ingatkan baik dengan mengingati fakta yang berkaitan dengan fakta yang dilupai – cuba cari pertaliannya.
  • Rujuk balik kepada nota (bukan semasa peperiksaan)
  • Akibat kurang tidur, atau salah makan
  • Jalankan senaman ringan untuk mengurangkan ketegangan.


KELETIHAN FIZIKAL DAN CARA MENGATASINYA

  • Jaga masa tidur.
  • Rehatkan tangan, mata dan otot-otot semasa menjawab soalan sekali sekala.
  • Ambil angin sebentar
  • Basuh muka dengan air sejuk
  • MASALAH SEMASA PEPERIKSAAN
    SERANGAN GEMENTAR DAN CARA MENGATASINYA
  1. Persediaan lebih awal
  2. Kawalan mental melalui latihan
  3. Kawalan fizikal melalui latihan
  4. Bersantai – mental/fizikal
  5. Cuba berhentikan rasa gementar dengan menggenggam tangan
  6. Kawal nafas , cuba bertenang. Kurangkan kecepatan bernafas.
  7. Rehatkan fikiran
  8. Gantikan fikiran cemas dan tegang dengan positif
  9. Hindarkan mengingati pemikiran yang menyebabkan panik


MAKLUMAT PEPERIKSAAN

  • Nama pusat peperiksaan
  • Nombor pusat
  • Angka giliran
  • Lokasi tempat
  • Keadaan fizikal bilik/kawasan
  • Kenderaan
  • Sistem peperiksaan (syarat untuk lulus)

MAKLUMAT TENTANG KERTAS.

  • Nombor kertas
  • Tarikh
  • Masa
  • Sesi/Bahagian kertas
  • Arahan spesifik
  • Format

DOA DAN SEMBAHYANG SUNAT UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

  • Sembahyang hajat
  • Doa keluar rumah
  • Doa naik kenderaan
  • Doa apabila menemui sesuatu yang sukar
  • Doa apabila hati menghadapi kesedihan
  • Doa apabila terkena kesedihan hati
  • Doa aneka macam kesusahan


HARI PEPERIKSAAN

  • Ulang pelajaran
  • Tidur awal
  • Doa sebelum tidur
  • Sembahyang fardu/sunat selepas bangun
  • Sampai awal di pusat peperiksaan.

TEKNIK MENJAWAB

Panduan Umum

  • Jawab soalan yang boleh dijawab dahulu
  • Pilih soalan yang boleh dijawab dengan baik dahulu
  • Tinggal dahulu soalan yang sukar
  • Baca soalan dengan tenang dan jangan gopoh
  • Rancang jawapan (lakar jawapan)

2.Ujian Objektif


  • Baca arahan dengan teliti
  • Baca dengan cepat semua soalan dahulu
  • Jawab dengan cepat yang pasti betul jawapannya
  • Balik kepada soalan-soalan yang belum berjawab. Analisa soalan-soalan yang sukar untuk mendapatkan perkataan kunci atau bayangan (clue)
  • Baca beberapa kali
  • Pilih dan buang jawapan yang tidak tepat/rapat dengan soalan.
  • Jangan terus ketepikan jawapan "semuanya di atas" atau "bukan di atas"
  • Pilih jawapan "semuanya di atas" apabila semua pilihan jawapan betul.
  • Baca jawapan untuk memahami soalan
  • Padankan soalan dengan setiap jawapan cara berasingan. Ini mungkin boleh menolong mendapatkan jawapan yang baik/tepat walaupun ia tidak merupakan yang setepatnya. Ini lebih baik daripada cuba mengagak saja.
  • Olah balik soalan suapaya senang difahami. Cari contoh-contoh yang boleh menambah kefahaman kita terhadap soalan. Baca balik soalan asal dan cuba dapatkan jawapan yang setepat mungkin.
  • Gunakan maklumat/pengetahuan yang ada dalam soalan dan jawapan yang lain
  • Cuba teka adalah usaha terakhir
  • Semak jawapan

Wednesday, February 25, 2015

Unit Ko Kurikulum Sekolah


Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai  matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab meningkatkan penglibatan dan penyertaan murid
dalam aktiviti Kokurikulum.

               BIDANG TUGAS

            1.1   Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan I dan Guru Penolong Kanan II.
            1.2   Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.
            1.3   Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan Kokurikulum  termasuk sidang  
                    petang.
            1.4   Menyelia dan menilai aktiviti-aktiviti Kokurikulum di sekolah.
            1.5   Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang
                    petang.

               SENARAI TUGAS

            2.1   KOKURIKULUM
                   2.1.1    Sukan Dan Permainan
                                    2.1.1.1   Merancang Takwim kegiatan sukan dan permainan.
                                    2.1.1.2   Mengurus permilihan peserta untuk pertandingan.
                                    2.1.1.3   Menyelia kegiatan sukan dan permainan.
                                    2.1.1.4   Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam  dan di luar 
                                                  sekolah.
                    2.1.2   Pakaian Seragam
                                  2.1.2.1   Merancang Takwim kegiatan pakaian seragam.
                                  2.1.2.2   Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam.
                                  2.1.2.3   Menyelia kegiatan pakaian seragam.
                                  2.1.2.4   Menyelaras aktiviti-aktiviti  pakaian seragam  didalam dan diluar   sekolah.


         2.2   PENTADBIRAN

            2.2.1  Menyusun / menyelaras kegiatan  kegiatan Kokurikulum.
            2.2.2  Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan Kokurikulum.
            2.2.3  Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan Kokurikulum telah diambil.
            2.2.4  Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal Kokurikulum.
            2.2.5  Bertanggungjawab mengenal lawatan-lawatan anjuran sekolah.
            2.2.6   Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah.
            2.2.7 Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kelab/ persatuan pasukan  pakaian seragam dan
                     sebagainya.
            2.2.8  Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan Kokurikulum serta  meningkatkan tahap
                      pencapaian.
            2.2.9  Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan Kokurikulum.
            2.2.10Memastikan rekod dan data Kokurikulum disenggarakan.
            2.2.11Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan Kokurikulum.
            2.2.12Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan  Kokurikulum dan
                      mengadakan latihan untuk mereka.


               TUGAS-TUGAS  LAIN

            3.1    Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari  masa ke semasa.

3.2        Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari masa ke
          semasa.

Unit HEM Sekolah




Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  bertanggungjawab kepada Guru Besar untuk mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  bertanggungjawab mempertingkatkan disiplin kebajikan murid, dan penerapan nilai-nilai murni.

1. Bidang Tugas
1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Guru Penolong
       Kanan I
1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar
1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam pengurusan dan pentadbiran Hal-Ehwal
       Murid.
1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sesi petang bagi sekolah-sekolah yang
       mempunyai sesi petang.
1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti hal-ehwal murid.
1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.


2. Senarai Tugas

2.1 Disiplin
a. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni.
b. Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
c. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-
    peraturan tatatertib dan salahlaku.
d. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.
e. Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.


2.2 Bimbingan dan Kaunseling
a. Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling.
b. Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan keunseling murid dan menyediakan
    laporan yang diperlukan.
c. Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.


2.3 Kesihatan dan Kebajikan Murid
a. Menguruskan kemudahan rawatan murid.
b. Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti
    menguruskan Kad 001/002, PKS 1/PKS 2 dan Kad Tenaga Asas.
c. Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah.
d. Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid.
e. Melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan Rancangan Amalan Makanan dan
    Pemakanan, Projek Susu dan lain-lain rancangan bantuan dan kebajikan murid.
f. Memastikan langkah-langkah keselamatan semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.


2.4 Skim Pinjaman Buku Teks
a. Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira.
b. Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal bilik Buku
    SPBT.
c. Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.


3. Pentadbiran
3.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod Pendaftaran Murid
3.2 Menyemak Buku Kedatangan Harian Murid
3.3 Mengurus kemasukan dan penempatan murid.
3.4 Mengurus pertukaran murid.
3.5 Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, surat-surat pengesahan dan pengedaran sijil-sijil
       berhenti sekolah.
3.6 Menyemak buku/kad kemajuan murid dan jadual markah.
3.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah.

4. Pengawasan Asrama (Jika ada)
4.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan pelajar ke asrama.
4.2 Membantu di dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden asrama.
4.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-langkah keselamatan asrama.
4.4 menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan asrama.
4.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur.
4.6 Menyelaras pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama.
4.7 Membantu dalam urusan sebutharga/tender makanan asrama sekolah.
4.8 Memastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni asrama dalam aktiviti riadah
      dan kokurikulum diadakan.
4.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang berkaitan dengan asrama.
4.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama.

5. Tugas-tugas Lain
5.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari masa ke
      semasa.
5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari
      masa ke  semasa.

Bayaran Bantuan Khas Persekolahan 2015


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penyerahan Bantuan Awal Persekolahan yang telah diadakan pada pertengahan bulan Januari 2015 yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada guru-guru kelas serta waris dan PIBG yang telah bersama-sama membantu melancarkan program ini.

Monday, January 12, 2015

Pembelajaran Abad Ke 21


Pada abad ke-21 ini, negara kita menghadapi isu dan cabaran dalaman serta luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Informatian and Communications Technology). Antara cabaran negara adalah untuk membangunkan satu sistem ekonomi yang berasaskan pengetahuan atau K-ekonomi bagi menghadapi persaingan dengan negara lain. K-ekonomi ini memerlukan sokongan padu daripada sektor pendidikan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan tinggi dalam pelbagai bidang.



Hakikatnya, sekolah-sekolah di Malaysia sekarang menghadapi masalah menyedia dan mengeluarkan  sumber manusia atau tenaga kerja yang berkualiti.  Syarikat-syarikat perniagaan dan juga agensi-agensi kerajaan terpaksa menerima pekerja yang tidak kreatif dan kurang kemahiran dalam menyelesaikan masalah, bekerja secara kolaboratif dan mengurus masa.  Situasi yang kita hadapi ini adalah masalah semasa.  Perubahan yang sedang kita hadapi dalam politik, ekonomi, teknologi dan iklim akan menjadi lebih dramatik pada masa akan hadapan.  Oleh itu, pendidikan di Malaysia sekarang perlu membekalkan generasi muda dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi menyediakan mereka dengan cabaran abad ke-21.



Thomas Friedman dalam bukunya The World Is Flat : A Brief History of the Twenty-First Century, menyatakan pendidikan turut memainkan peranan penting dan menjadi kunci utama kepada kejayaan ekonomi dan kelestarian dunia dalam abad ke-21 ini.  Alvin Toffler pula dalam bukunya Power Shift : Knowledge, Wealth and Power at the Edge of The 21st Century menyatakan bahawa 'the illiterate of the 21st century are not those that cannot read or write, but those that cannot learn, unlearn and relearn.



Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan abad ke-21. Antara fokus PPPM ialah enam (6) aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional.  Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pegangan pelaksanaan sistem pendidikan di negara kita. 



RASIONAL



Keperluan kepada Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu tuntutan untuk menjayakan PPPM.  Sehubungan itu, satu program yang komprehensif akan dilaksana oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi memastikan warga pendidik negeri Johor dapat melahirkan generasi muda yang mampu bersaing dan menangani cabaran di peringkat global.  Kertas kerja ini disediakan sebagai cadangan mencadangkan untuk melaksanakan Pembelajaran Abad ke-21 di sekolah-sekolah negeri Johor . 





MATLAMAT



Program Pembelajaran Abad Ke-21 dilaksanakann untuk melahirkan murid yang mampu bersaing dan dapat menangani cabaran di peringkat global.



OBJEKTIF



Membangunkan persekitaran bilik darjah abad ke-2 



Meningkatkan kemahiran guru menggunakan pedagogi abad ke-21  



Memberi kemahiran pembelajaran abad ke-21 kepada murid-murid



Membudayakan amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) sebagai strategi pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 di sekolah 


Contoh Susunan Kelas Abad Ke 21







PEMBELAJARAN ABAD KE-21



Menurut Martha Hampson dan rakannya dari Innovation Unit, United Kingdom, terdapat sepuluh (10) idea yang praktikal boleh digunakan  oleh pengurus sekolah untuk melaksanakan pembelajaran abad ke-21 iaitu:



Open up lessons



Menghabiskan sukatan pelajaran dalam masa yang ditetapkan merupakan masalah utama semua guru di sekolah.  Sama ada murid memperoleh kemahiran tertentu atau sebaliknya menjadi perkara kedua.   Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran secara individu atau kumpulan perlu dirancang secara fleksibel dan tidak terlalu rigid.  Murid hendaklah diberi peluang dan masa yang mencukupi untuk menyelesaikan tugasan yang diberi dan seterusnya mencapai objektif yang ditetapkan oleh guru.  Guru pula perlu menyokong dan memantau sepanjang proses pembelajaran.



Think outside the classroom box; 



Menjadi kebiasaan setiap bilik darjah, murid akan duduk dalam barisan di meja masing-masing mengadap guru.  Susunan sebegini dibuat bagi menyenangkan guru menyampaikan maklumat secara berkesan kepada sekumpulan murid. Keadaan ini sesuai apabila guru merupakan sumber utama kepada murid. Namun, keperluan kemahiran abad ke-21 seperti penyelesaian masalah secara kolaboratif, teknologi maklumat, literasi maklumat dan ekonomi, memerlukan kaedah pengajaran yang baru.  Peranan guru bukan lagi sebagai penyampai maklumat tetapi membimbing, berbincang, dan mentaksir perkembangan seseorang murid dan seterusnya memberi sokongan.  Oleh itu, konsep sesebuah bilik darjah lebih kepada bilik sumber di mana maklumat senang diakses dan mempamerkan hasil-hasil kerja murid.  Susunan meja dan kerusi bilik darjah perlu sesuai untuk aktiviti berkumpulan  seperti  perbincangan,  eksperimen dan kajian.



Get personal; 



Selalunya kita menganggap murid yang memerlukan perhatian khusus ialah murid berkeperluan khas (special educational needs) seperti murid masalah pembelajaran (slow learners).  Hakikatnya semua murid sebenarnya memerlukan perhatian khusus kerana mempunyai keupayaan pelbagai.  Walau bagaimanapun, guru menghadapi kekangan masa untuk menangani keperluan murid secara induvidu.   Dalam pembelajaran abad ke-21, pembelajaran berasaskan projek (project-based learning) memberi peluang dan tanggungjawab kepada murid melaksanakan projek mengikut minat, kreativiti dan kemahiran masing-masing.



Tap into students’ digital expertise; 



Teknologi telah mengubah cara kita mengakses maklumat. Apa lagi bagi generasi muda yang lahir dalam era teknologi yang canggih.  Generasi sekarang secara semula jadi merupakan seorang penyiasat, penyelidik dan juga pengumpul maklumat.  Kemahiran-kemahiran ini sepatutnya digunakan oleh guru dalam merancang pembelajaran kendiri (Self-access Learning), pembelajaran berasaskan inquiri (Inquiry-based Learning) dan kerja secara kolaboratif (Peer Collaboration)Hasil kerja murid boleh dijadikan sebagai showcases terbaik apabila projek yang dihasil melibatkan audio, teks, imejan dan video.



Get real with projects;



Penyediaan sesuatu projek melibatkan tiga (3) langkah penting iaitu proses penyediaan draf (lebih dari sekali),  perbincangan/sumbangsaran/kritikan dan  persembahan/pameran.  Ketiga-tiga proses ini adalah kritikal kerana akan menghasilkan kualiti kerja yang sangat tinggi oleh murid dan juga guru.  Projek sebegini akan memberi pengalaman kepada murid bekerja dalam kumpulan, mengurus masa dan membuat persembahan/pameran kepada rakan lain/guru/ibu bapa atau pihak luar.



Expect (and help) students to be teachers;



Murid perlu diberi peluang terlibat secara aktif menjadi mentor dan pembimbing kepada rakan sebaya.  Kaedah yang digunakan ini akan lebih relevan dan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran berkomunikasi  dan jati diri murid tersebut.



Help (and expect) teachers to be students;



Guru sebenarnya sangat ghairah untuk mendapat sebanyak mungkin ilmu bagi meningkatkan pengetahuan mereka dalam bidang pendidikan.  Untuk itu, platform yang sesuai perlu disediakan kepada guru-guru sama ada di peringkat sekolah, daerah atau jabatan.  Pembelajaran melalui kajian perlu menjadi amalan dalam kalangan guru untuk inovasi dan juga peningkatan dalam kualiti pengajaran serta pencapaian murid.



Measure what matters;



Keupayaan untuk menyimpan maklumat dan fakta menjadi kurang relevan dalam era digital sekarang.  Sebaliknya, kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), memperoleh, menganalisis dan menyusun maklumat adalah lebih penting.  Begitu juga dengan kemahiran bekerja dalam kumpulan, mengguna ikhtiar, menyelesai masalah dan kreatif.  Semua kemahiran ini sangat diperlukan dalam abad ke-21. Oleh itu, pentaksiran yang dilaksana oleh guru juga perlu berfokus kepada kemahiran-kemahiran tersebut.



Work with families, not just children;



Terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian murid.  Penglibatan ibu bapa dan komuniti di sekolah merupakan perkongsian akauntabiliti dalam pencapaian dan pembangunan murid-murid.  Sebagai contoh, Mayfield Primary School di London memberi peluang kepada ibu bapa selama 30 minit untuk belajar bersama dengan anak-anak mereka waktu persekolahan.  Terdapat sekolah yang melibatkan ibu bapa dalam penyediaan projek oleh anak-anak mereka seperti membuat persembahan atau pameran.  Jaringan sosial seperti Facebook perlu diwujudkan sebagai platform untuk perbincangan dan menyampaikan maklumat terkini kepada ibu bapa tentang program yang dijalankan di sekolah.



Power to the student;



Murid merupakan rakan kongsi yang berpotensi dalam pembelajaran.  Melibatkan murid dalam beberapa pengurusan pendidikan (terutama isu yang melibatkan murid) sebenarnya melatih mereka bertanggungjawab, berminat dan menjadi warga negara yang aktif apabila dewasa kelak. Jika ini dilaksanakan, bermakna sekolah telah berjaya mewujudkan budaya di mana semua warga sekolah dilibatkan dalam pendidikan dan pembelajaran. 



Kemahiran pembelajaran dan  pembelajaran (PdP) yang terdapat  dalam abad ke-21 ialah: 

  1. Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)
  2. Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)
  3. Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills) 

Elemen-elemen yang terkandung dalam kemahiran abad ke-21 ialah: 

  1. Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
  2. Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
  3. Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
  4. Literasi Maklumat (Information Literacy)
  5. Literasi Media (Media Literacy)
  6. Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology Literacy)
  7. Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
  8. Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
  9. Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
  10. Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
  11. Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility) 

Guru-guru abad ke-21 perlu mempunyai ciri-ciri guru berikut: 

  1. Menguasai subjek (Kandungan Kurikulum)
  2. Mahir dan berketerampilan dalam pedagogi
  3. Mengesan perkembangan murid-murid dan menyokong mereka
  4. Memahami psikologi pembelajaran (Cognitive Psychology)
  5. Memiliki kemahiran kaunseling
  6. Menggunakan teknologi terkini 

Manakala ciri-ciri murid yang diharapkan hasil pembelajaran abad ke-21 ialah:

  1. Berupaya membuat hubung-kait
  2. Bijak menyoal
  3. Yakin berkomunikasi
  4. Mengambil risiko
  5. Dahagakan ilmu
  6. Ingin tahu
  7. Menjana idea
  8. Fleksibel
  9. Tidak berputus asa
  10. Mendengar dan membuat refleksi
  11. Berkemahiran kritis
  12. Menguasai kemahiran literasi
  13. Berani mencuba
  14.  Mampu berfikir sendiri
  15. Membuat inisiatif
  16. Mampu bekerja dengan orang lain
  17. Membuat perubahan
  18. Berintegriti
  19. Berkeperibadian tinggi


BILIK DARJAH ABAD KE-21



Konsep bilik darjah abad ke-21 yang akan dibangunkan ialah:  

  1. Mentransformasikan bilik darjah dengan ruang pembelajaran kreatif hasil usaha murid supaya menarik dan bermakna.
  2. Suasana atau iklim bilik darjah dapat merangsang murid untuk bersaing, belajar secara koperatif dan memperoleh kemahiran kolaboratif.
Prasarana / Fizikal bilik darjah abad ke-21 yang dicadangkan ialah: 

Bilik darjah sebagai bilik sumber 

  1. Murid duduk dalam kumpulan (4 – 6 orang). 
  2. Jika boleh, bilik darjah dilengkapi komputer yang dirangkaikan (2 atau 3 unit) – Instant Access / Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih /soft board. 
  3. Hasil kerja murid dipamerkan.  


Bilik darjah berasaskan mata pelajaran (Subject-based Classroom - SBC) 

  1. Murid duduk dalam kumpulan (4 – 6 orang).
  2. Mata pelajaran yang dicadangkan ialah mata pelajaran teras atau kritikal
  3. Jika boleh, dilengkapi komputer yang dirangkaikan ( 2 atau 3 unit) – Instant Access/ Interactive / dilengkapi LCD dan / atau direct projector / Papan putih / soft board.
  4. Hasil kerja murid dipamerkan.
  5. SBC ini juga sesuai dilaksanakan oleh sekolah kurang murid (SKM) / kelas yang mempunyai murid melebihi 25 orang / mempunyai banyak kelas kosong
  6. Bilik darjah ‘terbuka’ (Outdoor Classroom)
  7. Lorong bermaklumat
  8. Ruang santai

KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PLC)



Pemilihan PLC sebagai asas pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan usaha komprehensif Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk memantapkan penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian murid.  PLC merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif peringkat sekolah dan juga  pihak sekolah dengan komuniti luar. PLC menyediakan peluang berlakunya aktiviti perkongsian ilmu, kepakaran dan partnership. 



Secara amnya, PLC merujuk kepada usaha para pendidik yang komited bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker & Mary, 2006)



Terdapat tiga (3) Prinsip asas PLC yang perlu diberi keutamaan iaitu memastikan pembelajaran murid, berlakunya budaya kolaboratif dan berfokuskan kepada pencapaiaan.



Beberapa strategi PLC perlu dibangunkan dan dirancang oleh sekolah bagi memastikan Pembelajaran Abad Ke-21 dapat dilaksanakan dengan berkesan.  Antara strategi pembangunan PLC yang dicadang dilaksanakan pada peringkat sekolah atau kluster PLC ialah: 

  1. Jejak Pembelajaran (Learning Walks)
  2. Bimbingan Rakan Sebaya Guru atau Pembimbing Instruksi
  3. (Peer Coaching  / Instructional Coaches)
  4. Belajar Menggunakan Rancangan Pengajaran Harian (Lesson Study)
  5. Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Sessions)
  6. Perkongsian amalan terbaik (Best practises)
  7. Pengajaran secara kolaboratif (Collaborative Teaching)
  8. Sistem Sokongan Rakan Sekerja (Buddy Support System)
  9. Coaching Partnership
  10. Cross visits 


    Sumber: http://www.assafii.com/v2/index.php/en/sipartner/buletin-sipartners/200-menyediakan-prasarana-dan-pendekatanh-pendidikan-pada-abad-ke-21