Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Saturday, January 10, 2015

Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2015


Tanggal 31 Disember 2014 yang lalu, telah diadakan satu sesi pendaftaran untuk murid-murid Tahun 1 bagi sesi persekolahan 2015. Alhamdulillah, seramai lebih kurang 32 orang murid telah mendaftarkan diri sebagai murid Tahun 1 SK Kampong Sadek. Beberapa acara telah diadakan seperti taklimat waris, pengesanan murid dan taklimat daripada guru-guru yang mengajar Tahun 1. Mereka antara merupakan palajar-pelajar yang telah belajar di Pra Sekolah SK Kampong Sadek dan tadika-tadika sekitar kawasan Kupang dan Baling.

 Sesi Pendaftaran

 Sesi Pengesanan Murid Tahun 1

 Taklimat HEM

Sunday, December 28, 2014

Mesyuarat Guru Untuk Sesi Persekolahan 2015


Pada 28 Disember 2014 telah rasminya berlangsung Mesyuarat Guru untuk Sesi Persekolahan 2015. Alhamdulillah ianya telah berangsung di Bilik Mesyuarat yang baru. Walaupun Bilik Mesyuarat ini belum siap sepenuhnya, ia sekaligus menjadi satu bilik khas yang penting bagi sebarang aktiviti mesyuarat, taklimat dan sebagainya. Pelbagai perkara telah dibincangkan dan pengagihan takwim serta jadual waktu guru-guru menaikkan semangat lagi untuk terus berbakti kepada anak-anak SK Kampong Sadek. Pihak sekolah juga telah menerima seorang guru Pra Sekolah baharu iaitu Pn Siti Zarah bt Mohaad Sayuti dari SK Ulu Tawar. Guru Pra Sekolah terdahulu iaitu Pn Shamina bt Yaakob telah beralih ke arus perdana. Semoga perancangan yang telah dirancang mampu dilaksanakan sebaik mungkin demi untuk kemajuan anak-anak didik SK Kampong Sadek. Semoga sinar 2014 dapat diteruskan lagi pada tahun 2015 dan dapat meningkatkan prestasi sekolah khususnya. Semoga SK Kampong Sadek terus cemerlang dan gemilang !!!

Friday, December 12, 2014

Selamat Menunaikan Umrah


Selamat menunaikan ibadat Umrah kepada 3 orang guru SK Kampong Sadek iaitu En Mohd Nizam b Hashim, Pn Norhayati bt Ibrahim dan Pn Halison bt Abdullah. Semoga dapat menunaikan ibadah umrah dan diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah.

Wednesday, November 26, 2014

Keputusan Rasmi UPSR 2014


Pada 26 November 2014, keputusan UPSR secara rasminya telah diumumkan. Ramai calon-calon UPSR berdebar-debar dengan penantian keputusan ini. Mana tidaknya, dengan segala rintangan dimana calon-calon tahun ini perlu mengulang semula kerana berlaku kebocoran soalan UPSR. Namun begitu, ada hikmah yang berlaku di sebaliknya. Pada tahun ini, ada peningkatan yang baik yang ditunjukkan oleh calon-calon pada tahun ini. Keputusan pada tahun ini amat memberangsangkan. Tahniah kepada semua pihak. Berikut dinyatakan keputusan rasmi peperiksaan UPSR 2014 bagi calon-calon SK Kampong Sadek :

Peratus Lulus Keseluruhan : 77 %

Calon UPSR 5 A :
1. Muhammad Alif Irfan bin Khosim
2. Nur Syazana Shahirah bt Tarmizi
3. Hafiz Waldan
4. Fatimah Zahraa
5. Nur Dina Awatif bt Saiful Bahrin
6. Nurliana bt Ishak
7. Rabiatul Auni bt Abd Jabbar

Calon UPSR 4A1B:
1. Nur Elyani bt Wahab
2. Mohd Nabil Najmi bt Mohd Naim
3. Nurina bt Mohamed
4. Nur Asnita bt Mohd Nasir


Calon 5A UPSR

Saturday, November 22, 2014

Jamuan Akhir Tahun BKGSK 2014


Alhamdulillah pada 19 November 2014 yang lalu telah diadakan majlis Jamuan Akhir Tahun bagi Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah. Jamuan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara guru serta staf-staf sekolah. Jamuan ini telah diadakan di Puncak Mutiara Cafe,Kg Pelet Bukit Mertajam. Walaupun jarak ke tempat jamuan agak jauh, namun dengan semangat kerjasama guru-guru dan staf, akhirnya berjaya sampai ke tempat yang dituju. Suasana di Puncak Mutiara Cafe sungguh selesa dan makanan yang disediakan juga amat berbaloi dengan harga yang dibayar. Tahniah diucapkan kepada perngerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf iaitu En Ahmad Fuzi b Md Daud serta Naib Pengerusi, En Mohd Nizam b Hashim yang bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan majlis ini. Disamping itu, majlis ini juga diadakan untuk majlis perpisahan bekan PK Kokurikulum SK Kampong Sadek iaitu En Mohd Khair bin Awang yang telah bertukar ke SK Tawar. Majlis ini diselitkan dengan ucapan dan aluan-aluan daripada yang diraikan. Semoga penganjuran majlis ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwah antara guru dan staf di SK Kampong Sadek.

Tuesday, November 18, 2014

Berakhirnya Sukan Tahunan 2014


Tanggal 17 November 2014, berlangsung acara kemuncak Sukan Tahunan 2014 yang membariskan 4 buah rumah sukan. Antara rumah sukan yang bertanding ialah Temenggung, Bendahara, Laksamana dan Syahbandar. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang seminggu sebelum acara Sukan Tahunan ini diadakan. Terima kasih kepada ibubapa dan waris yang turut sama membantu serta memeriahkan Sukan Tahunan pada tahun ini Mereka juga sama-sama membantu guru-guru untuk menjadi pegawai serta hakim-hakim penamat dalam kejohanan pada tahun ini. Komitmen serta gabungan ini amat penting bagi melahirkan dan memupuk semangat kerjasama antara ibubapa dan guru. Tahniah kepada pasukan Bendahara kerana menjadi johan keseluruhan sekaligus mengenepikan cabaran 3 buah rumah sukan yang lain. Syabas semua...!! Anda semua hebat !!

Tuesday, November 11, 2014

Sukantara 2014


Menjelang sukan tahunan yang akan diadakan kelak, aktiviti sukantara telah berlangsung dengan jayanya dan melibatkan 4 buah rumah sukan iaitu Temenggung, Bendahara, Syahbandar dan Laksamana. Sememangnya saingan pada tahun ini agak sengit dan persiapan rapi untuk menjelang sukan tahunan amat ditunggu-tunggu. Persaingan sihat ini bertujuan untuk melahirkan bakal-bakal atlit sekaligus mencari pemenang yang terbaik diantara yang terbaik. Selamat maju jaya kepada kesemua rumah sukan yang bertanding. Majulah Sukan Untuk Negara ! 1 Murid 1 Sukan !

Wednesday, October 29, 2014

Jalinan Persahabatan Melalui Seni Lukis Malaysia - Jepun


Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Najwa bt Md Tamizi dari kelas 4 Bestari yang telah berjaya mengukir nama sekolah. Ini kerana melalui program ini, murid perlu menghasilkan satu lukisan yang menggambarkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Adik Nurul Najwa telah melukis hasil seni tersebut dan terpilih daripada 20 buah lukisan yang dihasilkan. Program ini adalah kerjasama antara Malaysia dan Jepun. Lukisan adik Nurul Najwa akan dibawa dan dipamerkan di Jepun. Tahniah !