Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Saturday, November 22, 2014

Jamuan Akhir Tahun BKGSK 2014


Alhamdulillah pada 19 November 2014 yang lalu telah diadakan majlis Jamuan Akhir Tahun bagi Badan Kebajikan Guru dan Staf Sekolah. Jamuan ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara guru serta staf-staf sekolah. Jamuan ini telah diadakan di Puncak Mutiara Cafe,Kg Pelet Bukit Mertajam. Walaupun jarak ke tempat jamuan agak jauh, namun dengan semangat kerjasama guru-guru dan staf, akhirnya berjaya sampai ke tempat yang dituju. Suasana di Puncak Mutiara Cafe sungguh selesa dan makanan yang disediakan juga amat berbaloi dengan harga yang dibayar. Tahniah diucapkan kepada perngerusi Badan Kebajikan Guru dan Staf iaitu En Ahmad Fuzi b Md Daud serta Naib Pengerusi, En Mohd Nizam b Hashim yang bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan majlis ini. Disamping itu, majlis ini juga diadakan untuk majlis perpisahan bekan PK Kokurikulum SK Kampong Sadek iaitu En Mohd Khair bin Awang yang telah bertukar ke SK Tawar. Majlis ini diselitkan dengan ucapan dan aluan-aluan daripada yang diraikan. Semoga penganjuran majlis ini dapat mengukuhkan lagi ukhuwah antara guru dan staf di SK Kampong Sadek.

Tuesday, November 18, 2014

Berakhirnya Sukan Tahunan 2014


Tanggal 17 November 2014, berlangsung acara kemuncak Sukan Tahunan 2014 yang membariskan 4 buah rumah sukan. Antara rumah sukan yang bertanding ialah Temenggung, Bendahara, Laksamana dan Syahbandar. Pelbagai acara telah diadakan sepanjang seminggu sebelum acara Sukan Tahunan ini diadakan. Terima kasih kepada ibubapa dan waris yang turut sama membantu serta memeriahkan Sukan Tahunan pada tahun ini Mereka juga sama-sama membantu guru-guru untuk menjadi pegawai serta hakim-hakim penamat dalam kejohanan pada tahun ini. Komitmen serta gabungan ini amat penting bagi melahirkan dan memupuk semangat kerjasama antara ibubapa dan guru. Tahniah kepada pasukan Bendahara kerana menjadi johan keseluruhan sekaligus mengenepikan cabaran 3 buah rumah sukan yang lain. Syabas semua...!! Anda semua hebat !!

Tuesday, November 11, 2014

Sukantara 2014


Menjelang sukan tahunan yang akan diadakan kelak, aktiviti sukantara telah berlangsung dengan jayanya dan melibatkan 4 buah rumah sukan iaitu Temenggung, Bendahara, Syahbandar dan Laksamana. Sememangnya saingan pada tahun ini agak sengit dan persiapan rapi untuk menjelang sukan tahunan amat ditunggu-tunggu. Persaingan sihat ini bertujuan untuk melahirkan bakal-bakal atlit sekaligus mencari pemenang yang terbaik diantara yang terbaik. Selamat maju jaya kepada kesemua rumah sukan yang bertanding. Majulah Sukan Untuk Negara ! 1 Murid 1 Sukan !

Wednesday, October 29, 2014

Jalinan Persahabatan Melalui Seni Lukis Malaysia - Jepun


Tahniah diucapkan kepada adik Nurul Najwa bt Md Tamizi dari kelas 4 Bestari yang telah berjaya mengukir nama sekolah. Ini kerana melalui program ini, murid perlu menghasilkan satu lukisan yang menggambarkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Adik Nurul Najwa telah melukis hasil seni tersebut dan terpilih daripada 20 buah lukisan yang dihasilkan. Program ini adalah kerjasama antara Malaysia dan Jepun. Lukisan adik Nurul Najwa akan dibawa dan dipamerkan di Jepun. Tahniah !

Perkhemahan Unit Uniform 2014




Perkhemahan Unit Uniform sesi 2014 telah berjaya dilaksanakan pada 23 dan 24 Oktober yang lalu. Perkhemahan ini melibatkan 60 orang murid Tahap II . Ia melibatkan unit-unit uniform seperti Pengakap, TKRs, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Banyak aktiviti telah dijalankan seperti Ice Breaking, Pandu Arah, Pertandingan Memasak dan paling menarik adalah program Survive dimana murid perlu menjual barangan ke kawasan kampong. Kumpulan yang berjaya menjual dan mendapat untuk yang banyak dikira sebagai pemenang. Terima kasih kepada semua pihak yang sama-sama menjayakan program ini.

Jadual Peperiksaan Akhir Tahun 2014


Sudah sampai ke penghujung tahun, peperiksaan akhir tahun akan ditadbir bermula pada 3 Nov 2014 ini. Disini disediakan jadual peperiksaan yang telah disusun oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman, Ustazah Norhayati bt Ibrahim. Diharap semua ibubapa dapat memantau dan bersama-sama membantu anak-anak untuk mengulangkaji pelajaran. Diharap peperiksaan pada kali ini dapat mempertingkatkan lagi pencapaian akademik murid-murid SK Kampong Sadek.

Sunday, October 19, 2014

Tempat Ketiga Konvensyen Doktor Muda

 

Tahniah diucapkan kepada adik Nur Aisyah bt Mohd Nadzery dari kelas 4 Bestari yang telah mengharumkan nama sekolah dalam Pertandingan Bercerita Konvensyen Doktor Muda Peringkat Negeri Kedah 2014. Dia telah memperoleh tempat ketiga. Walaupun tidak menjadi johan, kemenangan ini sedikit sebanyak membanggakan pihak sekolah dan membawa nama SK Kampong Sadek di peringkat negeri Kedah. Tahniah juga guru penasihat Doktor Muda SK Kampong Sadek, Puan Halison bt Abdullah kerana telah melatih adik kita ini. Syabas adik Nur Aisyah bt Mohad Nadzery.

Monday, October 13, 2014

Terima Kasih PK KoKurikulum


Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas PK Kokurikulum SK Kampong Sadek, En Mohd Khair bin Awang. Beliau telah berpindah ke SK Tawar sebagai PK Hal Ehwal Murid. Sepanjang berada di SK Kampong Sadek, beliau amat komited dan memberikan sepenuh komitmen terhadap tugas. Antara kejayaan dibawah kendalian beliau ialah kejayaan pasukan memanah, bola jaring, bola baling dan bola sepak. Tahniah kami ucapkan ! Semoga memperoleh pengalaman baru di sekolah baru tersebut. Terima kasih daun keladi, ada masa berjumpa lagi !