Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Wira-wira Sekolah Tahun 2015

Seluruh warga SK Kampong Sadek mengucapkan syabas dan tahniah atas kejayaan !

Guru - Guru Bertugas 2016: [ 25 - 29 Sept 2016 : James Anthony A/L Minal, Siti Zarah bt Mohamad Sayuti, Shamina bt Yaakob ]

Saturday, March 6, 2010

Pertandingan MTQ Peringkat Zon

Adik Arif Daniel bersama trofi Naib Johan pertandingan Bercerita


Adik Nurul Iwana Izzah bersama trofi Johan Bercerita

Pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran( MTQ ) peringkat Zon telah diadakan pada 6 Mac 2010 di SK Syed Sheikh.Dengan usaha dan semangat yang tinggi, beberapa orang wakil dari SK Kampong Sadek telah berjaya merangkul beberapa hadiah.Antara yang mendapat tempat ialah Johan Bercerita ( Kategori Perempuan ), Naib Johan Bercerita ( Kategori Lelaki ) dan Tempat ketiga Tilawah Al-Quran (Kategori Lelaki).Adik Nurul Iwana dan Adik Arif Daniel akan mewakili zon diperingkat daerah kelak.

Friday, March 5, 2010

Jaga 7 Sunah Rasulullah s.a.w


"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

Thursday, March 4, 2010

Bola Sepak Johan!



Tahniah diucapkan kepada pasukan SK Kampong Sadek kerana berjaya menjadi johan peringkat Zon pada 4 Mac 2010.Perlawanan akhir pada hari tersebut telah berlangsung dengan mendapat tentangan yang sengit daripada SK Tawar.Berkat usaha semua pihak, SK Kampong Sadek telah berjaya menang bergaya ke atas SK Tawar dengan jaringan 2-1.Berikut ialah perjalanan SK Kampong Sadek dalam perlawanan-perlawanan yang telah berlangsung:

Peringkat Kelompok:
1. SK Kampong Sadek (3) vs SK Syed Sheikh (0)
2. SK Iboi (2) vs SK Kampong Sadek (0)
3. SK Kampong Sadek (4) vs SK Tiak (1)
4. SK Kampong Sadek (0) vs SK Kuala Kuang (0)

Peringkat Zon:
1. SK Kampong Sadek (4) vs SK Seri Inas (0)
2. SK Kampong Sadek (1) vs SK Tawar (0)

Separuh Akhir:
1. SK Kampong Sadek (3) vs SK Badang (0)

Akhir:
1. SK Kampong Sadek (2) vs SK Tawar (1)

Sunday, February 21, 2010

Maulidur Rasul

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.



Thursday, February 18, 2010

Apakah itu LINUS?

Program Literasi dan Numerasi (LINUS) akan mula dilaksanakan mulai 2010 hingga 2012 di seluruh negara. Program LINUS yang bertujuan memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 dapat menguasai kemahiran asas membaca, menulis (literasi) dan mengira (numerasi) selepas tahun 2012, iaitu berada di Tahun 4. Pelaksanaan program LINUS ini merupakan sebahagian daripada NKRA Kementerian Pelajaran Malaysia yang disasarkan menjelang tahun 2012. Sehubungan itu, semua guru Tahun 1 yang mengajar Bahasa Melayu dan Matematik diwajibkan mengikuti kursus pengajaran dan pembelajaran modul LINUS mulai tahun 2010. Kursus tersebut yang dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Guru, KPM akan dilaksanakan di seluruh negara mengikut zon negeri masing-masing.

Majlis Tilawah Al-Quran

Satu pertandingan Majlis Tilawah Al-Quran telah diadakan pada 9 Feb 2010 yang lalu.Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk memilih murid-murid yang berbakat untuk diketengahkan dalam pertandingan peringkat zon nanti.Pertandingan ini juga adalah kerjasama diantara guru Pendidikan Islam SK Kampong Sadek bersama dengan guru-guru KAFA.Antara acara yang yang dipertandingkan ialah Tilawah,Hafazan,Bercerita dan juga Kuiz.

Thursday, February 11, 2010

Happy Chinese New Year!!


Selamat Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua ahli keluarga Cikgu James Anthony.Beliau akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama dengan keluarganya.Sekolah akan bercuti dari 14 Feb 2010 - 16 Feb 2010 ( Ahad - Selasa ).Harap Maklum!

Sekitar Mesyuarat Agung PIBG






Alhamdulillah,segala perancangan dan aktiviti sepanjang mesyuarat PIBG telah berlangsung dengan lancar.Mesyuarat pada hari tersebut telah dipengerusikan oleh En Mohd Nizam b Hashim.Pelbagai hujah dan usul telah dikemukakan pada hari tersebut.Beberapa usul juga telah dipersetujui dan hanya perlu tindakan susulan yang seterusnya.Diharap PIBG pada tahun ini akan lebih mantap demi menaikkan status sekolah sebagai antara sekolah cemerlang di daerah Baling.