CALON YANG MENDAPAT 5 A DALAM UPSR 2009dari kiri: Nurul Aqilah, Nor Afifah , Nur Kamil Sofia, Farah Atikah dan Nur Afiqah
Calon yang mendapat 4A 1B dalam UPSR 2009 dari kiri : Mohd Safwan, Andieka dan Shatira Husna
Bersama En Mohamad(kanan) dan En Tajudin(kiri)
Seramai 47 orang calon telah mengambil peperiksaan UPSR 2009 yang lalu.Seramai 5 orang telah mencapai keputusan 5A manakala 3 orang mendapat keputusan 4A 1B.Peratus keseluruhan pada tahun ini ialah 68.08%.Pencapaian pada tahun ini meningkat daripada keputusan pada tahun 2008 yang lalu iaitu sebanyak 50% sahaja.Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua guru yang bersama-sama mengembleng tenaga meningkatkan prestasi UPSR pada tahun ini terutamanya kepada guru-guru tahun 6.Semoga pencapaian pada tahun ini menjadi penanda aras untuk mencapai status sekolah cemerlang pada tahun hadapan.
Perkhemahan Beruniform ini telah diadakan pada 5 Nov yang lalu.Ia disertai oleh 68 orang murid SK Kampong Sadek.Fasilitator adalah terdiri daripada murid-murid sekolah menengah dari SMK Jerai.Juga terima kasih kepada pihak Jabatan Pertahanan Awam.Sekalung tahniah kepada semua guru yang terlibat secara tidak langsung.
Satu jamuan telah diadakan pada 4 Nov 2009 di Pizza Hut ,Village Mall,Sg. Petani.Majlis ini diketuai oleh Pn Ooi Joo Lee.Seramai 28 orang murid terlibat didalam majlis ini.Murid SK Kampong Sadek bertuah kerana menerima baucar Pizza berkenaan setelah menyertai satu pertandingan di dalam akhbar The Star.
ALOR SETAR: Bekas jurulatih Pahang, Ahmad Yusof dilantik menjadi ketua jurulatih Kedah, menggantikan Mohd Azraai Khor Abdullah, yang meletakkan jawatan bulan lalu.
Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Kedah (KFA), Datuk Syed Unan Masri Syed Abdullah, berkata pelantikan Ahmad, 49, berkuatkuasa hari ini.
Beliau berkata, Ahmad diberikan kontrak setahun bagi membimbing Kedah di Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia untuk musim depan. - Bernama
Kelihatan En Nizam dan En.Tajudin sedang menayangkan aksi-aksi terbaik pada hari tersebut.
Satu majlis kenduri kesyukuran telah diadakan pada 15 Okt 2009 (Khamis) di Restoran Seri Landak,Kupang Baling.Majlis ini diadakan sempena kesyukuran oleh Ust Mohd Yasser dan Ustazah Zaini bt Haba.Majlis dimulakan pada pukul 1.30 tgh.Gambar jelas menunjukkan beberapa orang guru sedang "bertungkus lumus" menikmati juadah kenduri pada hari tersebut.Ucapan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua orang guru terbabit kerana sudi mengadakan kenduri ini.